Uber baru-baru ini baru sahaja mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM) untuk memudahkan lagi segmen masyarakat ini untuk menggunakan aplikasi mudah-alih perkhidmatan tumpangan kereta tersebut.
Menurut Leon Foong, Pengurus Besar Uber Malaysia, selain memudahkan pengguna-pengguna Uber yang buta untuk menggunakan perkhidmatan ini, Uber juga akan memberi latihan kepada pemandu-pemandu Uber supaya mereka lebih arif mengenai cara-cara untuk membantu penumpang-penumpang yang kurang upaya ini dan memberikan mereka perkhidmatan yang terbaik.
Moses Choo, Pengarah Eksekutif NCBM berkata bahawa kedua-dua aspek ini adalah penting kerana kebiasaannya orang buta perlu mengharapkan bantuan orang lain untuk menempah teksi dan membantu mereka menaiki kenderaan tersebut.
Dengan kerjasama ini, NCBM dan Uber boleh membantu pengguna Uber yang buta untuk membuat tempahan pengangkutan mereka sendiri dengan cepat dan selamat. Selain dari itu, Uber juga mempunyai pelan untuk memberi perjalanan percuma untuk ahli NCBM.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar