Shopee merupakan salah satu platform jual beli dengan fokus terhadap platform mudah alih. Kebanyakan transaksi jual beli berlaku menerusi aplikasi, dan pemilik perniagaan boleh berhubung dengan pelanggan menerusinya dan menjawab soalan-soalan pengguna.
Pada acara anugerah yang meraikan penjual-penjual Shopee, mereka turut berkongsi serba sedikit projek akan datang. Selain dari kempen promosi raya, mereka juga bakal membolehkan pembeli melakukan pembayaran secara Cash on Delivery (COD) seawal bulan Mei tahun ini. Menerusi kerjasama Shopee dengan Pos Malaysia, barangan yang dibeli menerusi Shopee akan di pos kepada pelanggan dan posmen tersebut akan mengutip bayaran untuk barangan yang dibeli.
Dengan pilihan pembayaran sebegini, pengguna tidak perlu risau sekiranya tertipu dengan pembelian, malah boleh meneliti sifat barangan yang dihantarkan. Buat masa ini tiada maklumat lanjut dikongsikan mengenai proses ini namun langkah ini merupakan satu langkah yang baik dalam melestarikan perniagaan atas talian dikalangan rakyat tempatan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.