Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Siti Saleha mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan sepanjang bulan Ramadan ini kerana ingin memberi fokus kepada persiapan perkahwinannya.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom, 27, berkata, dia harus memastikan persiapan yang dilakukan berjalan lancar kerana majlis tersebut akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa ini kerana ingin berehat dan fokus kepada persiapan perkahwinan.

"Persediaan yang dilakukan sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang harus saya lakukan.

"Banyak masa saya sekarang ini dihabiskan untuk memastikan persiapan yang dilakukan berjalan seperti yang dirancang kerana saya mahu pastikan majlis tersebut kelihatan sempurna.

"Ternyata perasaan itu semakin gementar kerana majlis itu akan dilangsungkan tidak lama lagi iaitu pada 28 Julai ini," katanya.

Saleha ditemui ketika Jelajah Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top