kekasih Allah ~ hijjaz
malu rasanya menyatakan cinta
kepada dia
kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa
ku
pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
di dalam pujian
ucapan selawat
tanda penghargaan seorang umat
selagi upaya ku turuti
ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia memdapat
berkat
di akhirat sana beroleh syafaat
kerana peribadinya aku
terpesona
kerna budinya aku jatuh cinta
rindu kupadanya tiada
terkata
nantikanlah daku di taman syurga
ya rasul...ku rindu
padamu..syafaatku daku..
ya rasul..syafaatkan daku..ku rindu
padamu..
sesungguhnya apa yang kudambakan
adalah cinta Allah yang
esa
kerana cinta kepada rasulullah
bereti cinta kepada
Allah..
selagi upaya kuturuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan
sunnahnya
moga di dunia mendapat berkat
di akhirat sana beroleh
syafaat
kerana peribadinya aku terpesona
kerana budinya aku jatuh
cinta
rinduku padanya tiada terkata
nantikanlah daku di taman
syurga
sesungguhnya apa yang kudambakan
adalah cinta Allah yang esa
kerana cinta kepada rasulullah
bererti cinta kepada
Allah
assalamualaikum kawan-kawan..tidak sangka,betapa pantasnya masa
berlari sehinggakan aku tidak sedar bahwa tahun ini sudah menjelma,dan salah
satu hari agung umat islam telah tiba.Salam maulidur rasul buat
semua..
apakah pengertian bagi maulidur rasul??
maulidur rasul
merupakan hari memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW,iaitu 12 rabiul awal
tahun gajah.Pada hari itu,baginda telah lahir ke dunia dan kelahirannya membawa
sinar cahaya baru bagi kaumnya ketika itu..juga sekalian umat
manusia..
bagi diriku,tahun ini ku mulakan salam maulidur rasulku dengan
membaca satu naskah artikel dari laman I love Islam,di mana artikel berkenaan
menceritakan tentang bagaimana sayangnya Rasulullah kepada kita,umatnya.Ia
menceritakan bagaimana rasulullah menghadapi malaikat maut..dan dalam kesakitan
itu,rasulullah masih mengingati kita umatnya..
kisah ini ternyata memberi
kesan kepada diriku..terasa ingin menitis air mata tatkala membaca kisah
berkenaan..betapa aku terharu dengan kasih sayang dan keluhuran budi
Rasulullah,dan betapa ku rasakan bersalahnya aku kerana sekian lama,aku lupa
akan kasihnya kepadaku..dan aku lupa untuk menjadi umat yang baik kepada
Rasulullah..
Ya Allah..sesungguhnya muliakanlah tempat Rasulullah di
syurga yakni di sisiMu ya Allah..(Baca Lagi)
Posting Komentar