Sekadar gambar hiasan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis yang berjaya menangkap teman lelaki kepada bohsia dalam artikel saya (Baca Sini) yang lepas. Menurut berita terkini, teman lelakinya telah ditahan oleh pihak polis bersama seorang lagi rakannya dan merampas 20 paket yang disyaki dadah (menurut sumber)
Menurut sumber sumber lagi, pihak polis sekarang ini sedang memburu bohsia tersebut bersama bapanya yang menghilangkan diri setelah teman lelakinya ditangkap. Elok sangatlah pihak polis bertindak kerana jika hendak mengharapkan ketua kampung, alamatnya hari-harilah orang kampung menanggung dosa.
Nak salahkan JAIPk tak boleh juga kerana mungkin mereka tidak dapat laporan dari mana-mana pihak terutama dari ketua kampungnya. Jika mengikut daripada laporan saya pada 4 Januari, bermakna selepas hampir 6 minggu baru diambil tindakan.
Bagi pihak polis pula, mereka mungkin telah mengetahuinya tetapi lambat bertindak kerana mereka ingin menangkap teman lelaki bohsia tersebut bersama-sama dengan bukti. Dari apa yang saya ketahui, teman lelaki bohsia itu akan didakwa dibawah Seksyen 39 A iaitu penjara seumur hidup dan juga sebatan jika didapati bersalah.
Ada kala kita sebagai umat Islam sepatutnya peka kepada hal-hal seperti ini kerana ianya melibatkan 'Fardu Kifayah'. Bukannya kita ingin menjaga tepi kain orang jika ianya tidak melibatkan dosa pahala bagi kita yang mengaku sebagai umat Islam dan apatah lagi jika ianya melibatkan seluruh kampung.
Dalam perkara seperti ini pihak JAIPk dapat memberi kaunseling kepada bohsia-bohsia tersebut agar mereka tidak lagi terlibat dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam........ Tahniah kepada pihak polis Tambun, IPK dan pihak-pihak yang terlibat diatas kejayaan tersebut.
Posting Komentar