AGAMA HAK MEMUSNAHKAN AGAMA BATIL
Bab yang akan anda baca ini mendedahkan satu rahsia terbesar di dalam hidup anda. Anda perlu membacanya dengan baik dan teliti kerana ia berkaitan dengan subjek yang pasti akan menubah pandangan anda terhadap dunia luar. Subjek di dalam buku ini bukan hanya satu pandangan, satu pendekatan atau satu kepercayaan falsafah kuno: akan tetapi ia diakui oleh setiap orang, samada mereka mempercayainya atau tidak, dan ia juga telah dibuktikan oleh dunia sains hari ini......
Seperti yang telah dinyatakan lebih awal, satu dari faktor paling penting yang mendorong golongan tidak beriman menganggap agama secara negatif ialah pandangan mereka yang berdasarkan kepada kriteria duniawi. Mereka mempercayai bahawa hidup adalah terhad di dunia ini dan bertingkahlaku selaras dengan kecenderungan yang meluap-luap terhadapnya, seperti yang dirakamkan di dalam sepotong ayat al-Qur'an:
Hidup itu tidak lain hanya hidup kamu di dunia: kami mati dan hidup dan kami tidak akan dibangkitkan. Surah al-Mukminun: 37
Akibat tergoda kepada nilai keduniaan, mereka gagal memiliki persepsi yang tepat terhadap kebendaan di sekeliling mereka. Mereka melihat setiap kejadian terlepas bebas daripada Allah dan gagal memahami bahawa segala yang wujud adalah dengan kehendak-Nya. Allah menerangkan pandangan hidup mereka sebagai berikut:
Mereka hanya mengetahui yang lahir dari kehidupan duniawi sedangkan mereka lalai tentang akhirat. Surah ar-Ruum: 7
Di sana terdapat sebuah kebenaran yang gagal mereka fahami sepanjang hidup. Di saat mereka berusaha bermati-matian untuk memuaskan keinginan dan hawa nafsu dengan berbohong, memperlekehkan ajaran agama, menabur fitnah terhadap golongan mukmin, mengancam dan sebagainya, mereka sama sekali tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya berada di dalam kejahilan yang amat sangat, seperti yang akan ditunjukkan di dalam lembaran berikutnya.
Misteri Di Sebalik Materi
Setiap organ pancaindera manusia - penglihatan, pendengaran, menghidu, merasa dan menyentuh - berfungsi dengan cara yang serupa. Rangsangan (seperti cahaya, bunyi, bau, rasa, tekstur dan sebagainya) datang dari arah objek yang dianggap wujud di dunia luar sebenarnya dihantar melalui saraf kepada pusat penderiaan di dalam otak. Semua rangsangan ini yang terdiri daripada isyarat elektrik akan sampai ke otak. Sebagai contoh, sewaktu proses penglihatan, sinaran cahaya (foton) yang memancar dari sebuah sumber di dunia luar sampai ke retina di belakang mata dan kemudian dittukar menjadi isyarat elektrik melalui sesiri beberapa proses. Isyarat ini dipindahkan melalui saraf ke pusat penglihatan di dalam otak. Sekaligus, sebuah dunia tiga dimensi, berwarna warni dan terang benderang diterima di dalam pusat penglihatan yang hanya sebesar saiz beberapa kubik sentimeter.
Sistem yang sama juga benar bagi deria yang lain. Sejenis rasa ditukar menjadi isyarat elektrik oleh beberapa sel yang terletak pada lidah. Bau juga ditukar menjadi isyarat elektrik oleh sel di dalam epitelium hidung. Pengesan khusus terletak di bawah permukaan kulit bertanggungajwab menukarkan impuls sentuhan (seperti rasa keras atau lembut) menjadi isyarat elektrik dan sejenis mekanisme khusus di dalam telinga menukar bunyi menjadi isyarat elektrik. Semua isyarat ini kemudian dihantar ke pusat berkaitan di dalam otak dan diterima di dalamnya.
Contoh berikut akan lebih menjelaskan. Anggaplah anda sedang minum secawan kopi. Rasa keras dan panas cawan tersebut ditukar menjadi isyarat elektrik melalui sejenis reseptor di bawah permukaan kulit dan dihantar ke otak. Serenti itu, bau kopi yang kuat, rasanya dan warnanya yang hitam pekat turut menjadi isyarat yang samapi ke otak. Bunyi yang didengar ketika cawan menyentuh permukaan meja diterima di dalam telinga dan dihantar ke otak sebagai suatu isyarat elektrik. Semua persepsi ini ditafsirkan di pusat yang berkaitan di dalam otak, yang bekerja secara harmoni di antara satu sama lain.s ebagai suatu hasil kumulatif semua impuls ini, anda akan merasa sedang meneguk secara kopi. Sementara segalanya terjadi di dalam pusat deria di dalam otak, anda sebaliknya menganggap segala yang anda terima ketika itu memiliki kewujudan di dunia luar.
Akan tetapi, kita tersilap kerana kita tidak memiliki sebarang bukti bahawa perasaan yang kita treima di dalam otak memiliki sebarang kewujudan yang mutlak di luar dari bahagian kepala. Amat jelas, ini adalah sebuah realiti penting yang layak dipertimbangkan dengan berhati-hati. Sehingga kini, anda beranggapan segala yang anda lihat di sekeliling memiliki kewujudan yang mutlak. Akan tetapi, dunia sains sebaliknya telah mendedahkan bahawa adalah amat mustahil untuk membuktikan objek di dunia luar memiliki sebarang kewujudan material yang mutlak.
Apa yang secara ringkas diterangkan di sini adalah antara kebenaran hebat yang dapat diperhatikan di dalam hidup kita sendiri.
Apa yang Wujud di Dunia Luar?
Apa yang dibincangkan sejauh ini menunjukkan bahawa kita sebenanrnya hanya hidup di dalam otak dan bahawa otak kita tidak dapat menerima apa pun selain dari yang disampaikan kepada kita melalui organ penderiaan. Untuk meneruskannya: Adakah apa yang kita terima itu benar-benar wujud atau ia hanya sekadar ilusi? Dan adakah di sana keperluan terhadap sebuah dunia luar untuk kita melihat dan mendengar?
Sebenarnya tidak! Untuk menerima sensasi-sensasi deria, kita sama sekali tidak berhajatkan kepada kewujudan sebuah dunia luar. Dengan diberi jenis rangsangan yang tepat, sensasi seperti sentuhan, penglihatan, suara dan sebagainya dapat terbentuk di dalam otak. Contoh yang paling baik berhubung fakta ini adalah mimpi.
Sewaktu bermimpi, badan anda biasanya kekal tanpa sebarang pergerakan di dalam bilik yang sunyi dan gelap, sementara mata pula tertutup. Di sana tidak terdapat sebarang cahaya mahu pun suara atau pun sebarang rangsangan lain daripada dunia luar yang samapi ke otak untuk dialami. Namun begitu, di dalam mimpi, kita menerima pengalaman yang sangat serupa jika dibandingkan dengan dunia sebenar di luar. Di dalam mimpi juga kita akan bangkit dan bersiap ke tempat kerja, atau pun sedang dalam percutian bermandikan kehangatan sinaran matahari.
Bahkan, di dalam mimpi, anda tidak meragui realiti apa yang anda alami. Hanya setelah terjaga, barulah anda menyedari bahawa seluruh pengalaman tersebut hanyalah sebuah mimpi. Anda bukan sahaja mengalami perasaan seperti takut, bimbang, gembira dan sedih tetapi juga melihat pelbagai gambaran imej, mendengar bunyi dan menyentuh alam kebendaan. Akan tetapi, di sana tidak terdapat sebarang sumber fizikal yang menghasilkan semua sensasi dan persepsi ini kerana hakikatnya anda sedang terbaring kaku di atas katil.
Descartes, seorang ahli falsafah terkemuka, menawarkan hujah berikut berkenaan hakikat mimpi yang mengejutkan ini:
Di dalam mimpi, saya melihat bahawa saya sedang melakukan pelbagai perbuatan, saya pergi ke banyak tempat; di saat saya terjaga, akan tetapi, saya melihat bahawa saya tidak melakukan atau pergi ke mana-mana dan bahawa saya terlentang dengan tenang di atas katil. Siapa yang dapat mengesahkan kepada saya bahawa saya juga tidak bermimpi ketika ini, masa akan datang, dan bahawa seluruh hidup saya bukanlah sebuah mimpi?
Seperti mimpi yang kita alami seolah-olah nyata dan hanya menyedarinya bahawa ia adalah sekadar mimpi ketika terjaga, begitu jugalah kita tidak dapat memastikan bahawa apa yang kita alami sekarang ini adalah suatu realiti. Hal ini mengisyaratkan bahawa suatu saat kelak kita pasti akan terjaga dari kehidupan di atas muka bumi ini, yang kita percaya kita hidup di dalamnya sekarang dan memulakan sebuah kehidupan yang hakiki. Kita tidak memiliki sebarang bukti yang membuktikan hal yang sebaliknya. Pun begitu, sains telah menyediakan penemuan penting yang membuktikan bahawa apa yang kita alami sekarang ini sebenarnya tidak memiliki sebarang kewujudan yang hakiki.
Kenyataan yang timbul pada titik ini adalah jelas. Sementara kita menganggap bahawa dunia yang kita hidup kini wujud, atau pun memikirkan bahawa kita hidup di dalam dunia itu, sebenarnya di sana tidak terdapat sebarang hujah yang kukuh bagi kita untuk mendakwa bahawa dunia seumpama itu memiliki sebuah realiti material. Kemungkinan besar, ia hanyalah sekadar persepsi tanpa sebarang realiti material yang merangsang secara tiruan.
Adakah Otak Terasing dari Dunia Luar?
Seperti yang telah dibincangkan sejauh ini, sekiranya setiap kebendaan yang kita ketahui hanyalah sekadar himpunan persepsi yang terhasil dalam diri, bagaimana pula tentang otak iaitu tempat melihat dan mendengar? Bukankah ia terbina daripada atom dan molekul seperti yang lain?
Seperti mana segalanya yang kita panggil materi, maka otak juga adalah sejenis persepsi. Ia adalah pepejal daging yang kita terima melalui deria. Seumpama kebendaan lain yang kita anggap kewujudannya di dunia luar, maka demikian jugalah otak sebenarnya adalah sekadar sebuah ilusi. Sekiranya hal ini yang realiti, maka apakah yang menerima segala-galanya, yang melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa, sekiranya bukan otak?
Pada titik ini, kita berhadapan dengan fakta yang jelas, status kewujudan manusia iaitu makhluk yang memiliki fungsi sedar yang dapat melihat, berfikir dan memanfaatkan akal fikiran, adalah lebih dari sekadar longgokan atom dan molekul. Apa yang terkandung dalam tubuh individu setiap manusia adalah 'roh' yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t. Sekiranya tidak, adalah amat jelas tidak masuk akal untuk menyifatkan fungsi sedar tersebut dan kemampuan intelek yang lain kepada sebungkus pepajal daging seberat tiga paun yang pada asasnya juga adalah sejenis persepsi:
Yang mengelokkan tiap-tiap sesuatu yang dijadikan-Nya dan Dia memulakan kejadian manusia dari tanah. Kemudian Dia jadikan anak-anak cucunya dari sari air yang hina. Kemudian Dia sempurnakan dan Dia tiupkan ruh ke dalamnya, dan Dia adakah untukmu pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima kasih. Surah as-Sajadah: 7-9
Zat yang Paling Hampir Kepada Manusia ialah Allah s.w.t.
Memandangkan manusia adalah lebih dari sekadar selonggok daging iaitu sebuah 'roh', maka siapakah yang menyebabkan roh ini mampu menerima seluruh himpunan persepsi yang kita panggil dunia luar? Yang terus menerus mencipta semua imej persepsi tanpa berhenti?
Jawapannya adalah jelas, Allah s.w.t yang meniupkan roh yang diciptakan-Nya ke dalam manusia dan Dialah Maha Pencipta segala-galanya. Dia juga adalah sumber hakiki bagi seluruh himpunan persepsi-persepsi. Setiap yang wujud bergantung kepada penciptaan-Nya. Allah memaklumkan manusia bahawa Dia sentiasa meneruskan penciptaan-Nya dan bahawa segala-galanya akan lenyap musnah di saat Dia memberhentikan ciptaan-Nya:
Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya keduanya jangan tergelincir. Demi jika keduanya tergelincir maka tidak seorang yang dapat menahan keduanya selain daripada-Nya. Sesungguhnya Dia maha penyantun lagi maha Pengampun. Surah Fathir: 41
Seorang individu mungkin cenderung untuk menyangkal hakikat ini disebabkan telah menerima kelaziman yang bersebati erat di dalam dirinya. Akan tetapi, betapa sekalipun ia berusaha mengabaikan hakikat ini atau mengelaknya, namun kebenaran adalah suatu yang pasti. Setiap persepsi yang dipersembahkan kepada roh manusia hanya wujud melalui ciptaan Allah. Bahkan, bukan sahaja dunia luar tetapi setiap tindakan yang dilakukanoleh manusia adalah dengan kehendak-Nya. Adalah amat mustahil bagi manusia untuk memiliki sebarang kuasa atau kehendak bebas daripada Allah. Hal ini dinyatakan sebagai berikut:
Allah menjadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat. Surah as-Saffat: 96
Bukanlah engkau yang melontar ketika engkau melontar, tetapi Allah-lah yang melontar. Surah al-Anfal: 95
Kenyataan seumpama ini akan menarik suatu kesimpulan yang penting iaitu Allah s.w.t. adalah satu-satunya yang wujud mutlak. Tidak ada yang wujud melainkan Allah, yang meliputi segalanya di langit dan di bumi:
Ingatlah! Sesungguhnya mereka dalam keraguan tentang menemui Tuhannya. Ingatlah sesungguhnya Dia meliputi tiap-tiap sesuatu. Surah Fussilat: 54
Kepunyaan Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu menghadap, maka di sanalah Wajhullah. Sesungguhnya Allah adalah maha meliputi maha mengetahui. Surah al-Baqarah: 115
Bagi Allah apa-apa yang ada di langit dan yang di bumi. Allah meliputi tiap-tiap sesuatu. Surah an-Nisa: 126
Ketika Kami berkata kepada engkau: Sesungguhnya Tuhanmu meliputi semua manusia. Surah al-Isra': 126
Kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan tiada susah bagi-Nya memelihara keduanya. Dia maha tinggi lagi maha besar. Surah al-Baqarah: 255
Kekuasaan dan pengetahuan Allah meliputi manusia dari setiap penjuru arah. Ini bermaksud, Dia meliputi kita seluruhnya. Dia melihat kita di mana sahaja, pada setiap detik. Dia berkuasa mutlak ke atas setiap manusia, luar dan dalam. Dia adalah maha Agung dan Maha Besar. Dia adalah lebih hampir kepada kita berbanding urat leher kita sendiri.
Sesungguhnya Kami adalah lebih hampir daripada urat lehernya. Surah Qaf: 16
Ketahuilah bahawa Allah membatasi antara manusia dengan hatinya dan sesungguhnya kamu akan dihimpukan kepada-Nya. Surah al-Anfal: 24
Di sinilah terletak kekeliruan golongan yang ingkar: mereka menganggap dunia yang pada asasnya adalah ilusi sebagai suatu yang nyata. Sementara mereka memperolok-olokkan agama dan para mukmin sekaligus menafikan wahyu Allah s.w.t., mereka menganggap mereka mampu melepaskan diri yang pada hakikatnya mereka sendiri adalah berada dalam liputan-Nya. Ini sesungguhnya adalah satu daripada hakikat besar yang amat diabaikan oleh para musyrikin yang bongkak. Lebih dari itu, kehidupan duniawi yang menjadi matlamat agung ketika hidup hilang dari genggaman mereka.
BERSAMBUNG..........
Posting Komentar