Bukan main marah lagi para pemimpin Umno apabila Utusan dalam laporan meloyanya bahawa kerajaan Pulau Pinang akan membatalkan sambutan Maulidul Rasul pada 26 Feb yang akan datang. Sambil menghunuskan kerisnya yang berkarat lagi tanpa hulunya, maka bertempiklah para hulubalangnya.
Siapakah yang berani membatalkan sambutan yang sudah diturun temurunkan oleh nenek moyang Umno. Jika hang nak jual arak............ aku bagi lesen............. Hang nak jual loteri............. aku bagi lesen................ hang nak jual nombor ekor............... aku bagi lesen............. hang nak berjudi............ aku bagi lesen............. jangan kata atas tanah............ aku bagi atas awan lagi.
Hang nak buat maksiat............ aku buat taman yang indah-indah............. hang nak rasuah............. buatlah, janji jangan sampai ditangkap oleh lembaga tatatertib Umno............ SPRM tahu tak apa............. itu boleh diuruskan............. hang nak buat demotrasi.............. aku bagi FRU dan polis........... hang nak jadi Menteri Besar haram............... aku suruh Mahkamah Rayuan halalkan.
Semua hang nak aku boleh bagikan, pasal akulah................ Maha Pemerintah.............. tetapi jangan sesekali hang berani batalkan hari lahir Nabi aku. Hang tak nak solat............ tak apa........... kalau hang kena tangkap pasal minum arak.............. aku hantar SIS bela hang.............. hang tak nak perlembagaan Islam.............. tak apa, aku bagi Lord Reid gubal perlembagaan.
Tang sambutan Maulidul Rasul............. hang jangan pandai-pandai nak batalkan............... pasal aku cinta sangat-sangat pada Nabi aku................ kerana kecintaan aku pada Rasulullah............ aku tak marah kamu tak solat............... aku tak marah kamu tak puasa.............. aku tak marah kamu makan bersuap................. aku tak marah kamu buat maksiat.
Kerana cintanya aku pada Nabi................. aku cukup marak kalau kamu buat ceramah agama............. baik kat surau ke............. kat masjid ke................ kat padang ke................ kat dewan orang ramai ke............... atau pun kat rumah hang.
Kalau hang nak ceramah jugak................. mesti ada permit................ tak ada permit tak boleh ceramah............... nak permit mesti mintak dengan polis............... pasal apa kena mintak permit kat polis................. pasal polis aku yang kontrol................ bila polis, aku kontrol.............. gerenti tak lulus punya.
Posting Komentar