Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.






Lupakan dahulu hasrat untuk menakluki Putrajaya atau kerajaan pusat kerana ini bukanlah masa yang sesuai buat Pakatan Rakyat. Ini adalah masa untuk melakukan pembersihan didalam parti dan juga memperkuatkan jentera parti masing-masing. Apa guna jika dapat memerintah kerajaan pusat sekiranya kerajaan tersebut boleh diugut oleh seorang dua MP yang melompat parti.







Sebagaimana yang berlaku di negeri Perak, walaupun Umno/Bn dapat memerintah tetapi pemerintahan mereka diibaratkan telur dihujung tanduk. Mereka bila-bila masa sahaja boleh diugut oleh 3 ekor katak yang menjadi wakil rakyat bebas. Kuasa sebenar kerajaan Perak terletak ditangan 3 ekor katak tersebut kerana BN dan PR masing-masing mempunyai kerusi sama banyak iaitu 28 kerusi.




Maka jadilah Zambry D'Pulau sebagai hamba kepada 3 ekor katak tersebut dan segala permintaan 3 ekor katak tersebut terpaksalah Zambry D'Pulau tunaikan, Jika tidak dituruti kehendak mereka, pasti Zambry D'pulau terpaksa berpindah rumah dan pejabat rasmi. Itulah penangan yang telah Zambry D'Pulau  terima sebagai imbuhan untuk menjadi Menteri Besar Perak.





Kerana itulah Pakatan Rakyat terpaksa melupakan seketika hasrat untuk menuju ke Putrajaya. Walau pun ada MP daripada BN ingin menyertai Pakatan Rakyat, tetapi cara tersebut bukan cara yang bermaruah. Wakil rakyat yang melompat parti adalah seorang yang tidak bermaruah kerana telah mengkhianati pengundi-pengundi mereka, baik daripada Pakatan Rakyat mahu pun dari Barisan Nasional.





Usahlah merasa kecewa jika sekarang ini ada wakil-wakil dari Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Anggaplah itu sebagai satu pembersihan dalam parti dan apa yang berlaku ada hikmahnya. Jika Pakatan Rakyat ingin memerintah negara, biarlah daripada kekuatan sendiri. Bukannya daripada wakil rakyat-wakil rakyat yang mengkhianati amanah  parti dan penyokong mereka.




Jika parti pembangkang boleh menghadapinya selama 53 tahun, tak kanlah 3 tahun tidak boleh tunggu. Apakah Umno merasakan yang mereka boleh memerintah selama-lamanya. Mana ada parti didunia ini yang boleh memerintah selama-lamanya jika ada pun hanya dalam angan-angan mereka. Sekuat mana pun mereka pasti satu masa akan tumbang juga, cuma cepat atau lambat sahaja.





Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bagaimana kuasa-kuasa besar dahulu tumbang satu persatu. Seperti kerajaan Rom, Parsi, kerajaan Hindu, Islam, Portugis, Belanda, British dan banyak lagi jika hendak disebut. Lihatlah bagaimana rejim Marcos di Filipina, Suharto di Indonesia dan yang pastinya akan datang ialah rejim Umno/Bn di Malaysia.





Tok wakil boleh melupai pengundinya tetapi pengundi tidak sesekali akan melupai orang yang mereka undikan. Melainkan jika dia itu adalah karat Umno, 5 tahun punyalah marah kat tok wakil mereka kerana selepas menang tidak nampak batang hidung................ lesap. Bila dekat pilihan raya datanglah tok wakil mereka............. hanya tepuk bahu sahaja.............. itu pun belum hulur masuk poket lagi............. hilang sumpah seranah mereka selama 5 tahun.............. kerana itulah Mahathir kata............... orang Melayu mudah lupa.............. yang sebenarnya bukan orang Melayu................. tetapi orang Umno ler yang mudah lupa.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top