Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Hari Rabu saya pulang ke Terengganu kerana ada masaalah sedikit, tetapi dalam masa itu saya cuba mencari maklumat dari peringkat akar umbi tentang apa yang berlaku di dalam PAS sekarang ini yang semakin hangat setelah saya menulis isu yang bertajuk...... PAS Dalam Bahaya (1).







Bermacam-macam tohmohan yang saya terima, tetapi saya tidak berasa kecil hati dengan tohmohan yang saya terima. Apa yang saya tuliskan semata-mata kerana sayangnya saya kepada PAS. Walau pun ada tuduhan yang di lemparkan yang saya bersikap ke Negerian, yang bermaksud saya ini lebih condong kepada PAS Terengganu.







Tetapi saya telah terangkan bahawa didalam PAS tiada sikap berpuak-puak atau bersikap ke Negerian.. Saya sebagai pendokong gerakan PAS tidak memiliki sifat-sifat tersebut. Saya anggap tuduhan itu sebagai komen-komen nakal kerana saya sudah bersama dengan PAS selama 31 tahun.







Apa yang membuatkan saya takjud ialah sikap ahli-ahli PAS yang tidak cepat melatah dengan isu EGM. Apabila saya menanya kepada akar umbi, jawaban yang saya dapat ialah "biasalah". Tiada sikap memprotes mahu pun melahirkan sikap puas hati walau pun mereka tahu ada cubaan untuk menjatuhkan TGHH dan pimpinan dari Terengganu.. Tidakkah saudara merasa pelik dengan situasi begini?







Ramai para blogger terlalu beria-ria agar TGHH dan kumpulan dari Terengganu di singkirkan dari peringkat pusat. Yang menghairankan saya, kenapa sesetengah blogger bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan TGHH. Macamlah esoknya langit akan runtuh. Adakah  mereka memikirkan  akan kesannya jika ianya benar-benar berlaku.







Janganlah jadi seperti pepatah melayu 'sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya'. Apakah mereka mengira kerana ianya pernah berlaku didalam PAS semasa era Datuk Asri maknanya dengan peristiwa tersebutlah mereka berhujah.







Sedangkan mereka tidak mengira apa yang akan berlaku sekarang ini tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman Datuk Asri. Impak yang PAS akan alami pasti akan lebih besar lagi, kerana pengaruh yang ada pada TGHH tidak sama dengan Datuk Asri.







Jangan kita fikir untuk hari ini sahaja, tetapi fikirkanlah kesannya pada kemudia hari.Apabila saya menyatakan tentangnya pasti ada yang tidak senang hati kerana ia melibatkan kepentingan peribadi.Mungkin ada yang mengatakan sifat kenegerian saya masih tebal............. Apa yang dapat saya katakan ............... anda silap.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top