Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Blogger One Malaysia bukan main
seronok lagi dengan isu yang sedang berlegar di dalam PAS tanpa usul
periksa. Mereka tidak menyedari bahawa PAS akan memulangkan senua
talibarut-talibarut mereka kembali kepada Umno.






Mereka merasakan yang mereka
sudah menang tetapi hakikatnya mereka sebenarnya yang kalah walau pun
dapat menang di PRK Bagan Pinang dengan berwakilkan Adun Pos.
Sebenarnya PAS sudah ramai menghantar kembali barua-barua mereka
kembali kepangkuan Umno.



Bagi blogger PAS, saudara semua adalah lebih senior daripada saya. oleh
itu tolonglah beri tunjuk ajar kepada saya bagaimana cara yang terbaik
untuk menulis sebagai seorang yang menbaku sebagai pendokong Islam yang
tulin.



Apabila saya melayari blog-blog  yang mengaku sebagai ahli PAS,
saya melihat cara penulisan saudara tidak bercirikan Islam dan ianya
lebih mirip kepada cara blogger Umno menulis.



Oleh kerana itulah saya adakala saya tidak dapat menilai mana satu
blogger PAS (PR) dan mana pula blogger Umno. Banyak kritikan-kritikan
yang lemparkan bukan untuk membina tetapi memusnahkan.



Dengan bermacam-macam kata nista dan maki hamun dilemparkan terhadap
pucuk pimpinan. Bagi mereka jika pemimpin itu disukai maka pujian
setinggi gunung diberikan, bagaikan pemimpin itu seorang yang maksum
dan apa saja kesalahan yang dilakukan, mereka menyatakan bahawa itu
adalah strategi politik.



Bagi pemimpin yang mereka tidak  mengikut cita rasa mereka maka
pemimpin tersebut akan dimaki hamun dengan bermacam gelaran diberikan.
Kerana sedikit kesalahan, maka semua kebaikan yang dilakukan akan
tengelam dengan sedikit sesalahan.



Dan alasan yang paling popular ialah bagi mereka, inilah caranya untuk
menegur. Bagi mereka maki hamun adalah jalan terbaik untuk menegur
pemimpin, apabila cara yang lembut tidak berkesan. Sedangkan mereka
sendiri tidak pernah menegur secara lembut, yakni mengikut lunas-lunas
Islam.



Apa yang saya tahu ada dikalangan mereka adalah SB-SB yang yang
menyusup masuk sebagai blogger Pakatan Rakyat. Mereka ini mendaftar
keahlian sebagai ahli PAS atau pun PKR. Mereka juga memiliki blog-blog
mereka sendiri.



Satu perkara yang amat malang bagi para blogger yang mengaku sebagai
ahli PAS, tetapi ciri-ciri penulisan mereka amat memalukan. Sedangkan
Islam sendiri menlarang kita daripada memberi gelaran-gelaran yang
mengaibkan.



Apakah kita sudah meresa gah dengan blog  kita apabila ramai yang
melayari semata-mata kerana mereka suka membaca blog kita yang
memaki-hamun pucuk pimpinan. Kerana bagi mereka kita telah menolong
mereka menjalankan agenda mereka dengan percuma.



Kita boleh melihat apabila blog yang mengaku PAS menghentam pucuk
pimpinan, 60 % yang memberi komen didalam blog tersebut adalah daripada
Umno sendiri.bolehkah kita mengatakan bahawa merek atelah berjasa
kepada PAS?



Tidakkah boleh kita meluangkan sedikit masa yang kita ada untuk
mentelaah Al-Quran dan kitab-kitab, untuk mengetahui bagaimanakah cara
untuk menghormati sesama Islam atau pun agama-agama lain. Sedangkan
Islam mengajar bagai cara kita menyahut panggilan dari ibu kita secara
sopan santun.



Sebenarnya apa yang belaku kepada segelintir yang terlalu ingin
dikenali dan dipandang hebat, mereka sanggup menepikan prinsip mereka
sebagai seorang muslin. Mereka sanggup meperlekehkan Islam kerana
mengejar glamour, hakikatnya mereka telah menjual agama mereka dengan
harga yang murah.



Mereka sudah tidak layak lagi untuk menjadi benteng untuk menakis
serangan yang dilakuka  oleh blogger sesat daripada Umno
memandangkan mereka sendiri yang memberi laluan pemaidani merah kepada
blogger sesat Umno.



Jangan kerana terlalu galak menulis dan mempunyai sokongan dari
tangan-tangan ghaib, kita sanggup menepikan ajaran Islam. Bagi saya,
inilah antara serangga perosak yang berada di dalam kumpulan blog
Pakatan Rakyat.



Buanglah sikap ego kamu itu, dan kembalilah kepada Islam yang
sebenar-benarnya. Dan janganlah menjadi blogger yang sesat kerana ingin
menjadi terkenal. Usahlah menunjuk pandai dengan kata-kata yang kurang
ajar.



Apa sahaja yang kamu tulis itu akan pasti diadili di akhirat kerana
setiap perbuatan anda, maki hamun dan penghinaan anda akan dicatatkan
untuk dihitung di padang Mashyar nanti. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top