KUALA LUMPUR: Semua venue bagi Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) yang dijamin mesra Orang Kurang Upaya (OKU), sudah bersedia sepenuhnya berbaki dua hari sebelum temasya serantau itu membuka tirainya secara rasmi, 17 September ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika melawat salah satu venue di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), jelas berpuas hati dengan persiapan yang dijalankan, terutama bagi memenuhi keperluan atlet dan penonton istimewa.
"Segala persiapan berjalan seperti yang dirancang dengan venue pertandingan nampaknya sudah bersedia untuk terima atlet dan penyokong bagi pertandingan nanti," kata Khairy.
"Dari sudut persiapan, kita buat pelbagai pengubahsuaian, terutama kepada atlet-atlet dan penyokong OKU. Jadi beberapa pengubahsuaian sudah dibuat, antaranya akses yang lebih mudah.
"Di beberapa venue, kita sudah sediakan beberapa 'ram' bagi bolehkan mereka yang berkerusi roda untuk masuk ke gelanggang serta kawasan yang dikhaskan untuk penonton yang datang berkerusi roda," katanya.
Mengulas lanjut, Khairy berkata pihak penganjur turut membuat pengubahsuaian termasuk kemudahan tandas yang memberi kemudahan kepada mereka yang berkerusi roda, selain pengangkutan awam.
"Jika kita hanya bergantung kepada tandas OKU, ia memang tidak cukup. Sebab hanya ada satu tandas OKU untuk satu kawasan. Jadi tandas-tandas biasa ini diubahsuai supaya sesiapa yang berkerusi roda juga boleh menggunakannya, di mana pintunya dibesarkan.
"Dari sudut pengangkutan, kita sediakan tempat letak kereta untuk OKU. Di sebahagian venue, kita ada buggy yang boleh bawa atlet dari tempat letak kereta dan atlet disediakan dengan bas mesra OKU."
MITEC akan menjadi venue bagi tujuh acara sukan iaitu boccia, bola tampar duduk, angkat berat, ping pong, catur, goalball dan bola keranjang kerusi roda.
Sumber Para KL2017: Venue sudah sedia sepenuhnya Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar