Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Nilai masa adalah sama dengan nilai emas bagi seorang usahawan yang fokus. Jika kita menggunakan masa dengan baik, kita akan dapat melakukan perkara yang berfaedah.

Ramai usahawan yang telah berjaya sangat bijak mengatur masa. Ramai di antara kita masih belum berjaya kerana sikap sambil lewa kita dengan masa.

Bijak menggunakan masa bukan bermaksud dapat melakukan banyak perkara akan tetapi dapat melakukan perkara yang mendatangkan hasil yang memuaskan dan berkualiti.

Berikut adalah panduan bagaimana untuk memaksimakan penggunaan masa mengikut kaedah Sains.

#1-Elak Buat Keputusan Tidak Perlu.

Related image

Ada sebab kenapa Mark Zuckerberg dan Barack Obama hanya memakai pakaian yang kelihatan hampir sama setiap hari.

Bukanlah kerana mereka tidak pandai bergaya akan tetapi mengikut kajian, seperti otot badan, kebolehan membuat keputusan yang bijak akan berkurang daripada hari ke hari.

Jadi mereka ini cuba mengurangkan buat keputusan yang tidak perlu seperti mengambil masa yang lama untuk memilih baju untuk dipakai setiap hari.

Untuk pengunaan masa yang maksimum, mereka bermula pada awal pagi dengan mengelak membuat keputusan untuk perkara yang tidak perlu sebanyak yang boleh.

Dengan cara ini, otot pada otak dan kebolehan individu membuat keputusan akan tersimpan dan digunakan hanya untuk perkara yang perlu sahaja.

Ia dapat bantu kekalkan cara kita buat keputusan dengan bijak secara konsisten dan ini juga merupakan satu pilihan yang bijak.

Namun, janganlah tersalah faham juga sampai rasa tidak perlu fikir mengenai imej. Mereka masih menjaga imej pakaian mereka apabila perlu.

Contohnya Mark Zuckerberg memakai sut semasa ingin berjumpa denga Presiden Obama dan Presiden Obama yang telah digembar-gemburkan hanya memiliki satu sut sahaja semasa era pentadbirannya, namun tidak disedari netizen kerana sentiasa nampak kemas dan bergaya.

Anda tidak perlu habiskan masa setiap hari untuk perkara yang tidak penting.

Contohnya, hanya buat pemilihan untuk baju yang akan dipakai setiap hari pada setiap hari Sabtu dalam tempoh yang singkat manakala waktu pagi pada hari biasa boleh digunakan untuk fokus kepada perkara yang lebih penting seperti membalas emel pejabat dan sebagainya.

#2-Jadi Burung Yang Terawal Menangkap Cacing.

Image result for bird catches worm

Kajian menunjukkan yang mereka yang bangun pagi berupaya untuk jadi lebih produktif dan dapat menjalanai hidup mereka dengan lebih baik.

Apabila orang lain bergelut untuk bangun tidur dan terus menarik selimut, golongan yang bangun awal akan mempunyai masa yang cukup untuk bersiap sedia dan menjalani rutin pagi yang konsisten.

Baik membaca surat khabar, buku atau bersenam di taman, anda perlu waktu untuk diri sendiri walaupun seketika dan ambil masa untuk bertenang dan merancang aktiviti seharian yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

#3-Ikut Peraturan “52-17”.

Related image

Ramai orang terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan dan sukar untuk berehat dengan elok kerana terlalu sibuk dan juga terlalu banyak perkara untuk diuruskan.

Malangnya, tidak seperti komputer dan robot yang boleh bekerja dalam tempoh yang lama, otak kita tidak boleh terus digunakan tanpa rehat yang cukup. Otak perlukan rehat yang berkala agar dapat berfungsi pada kapasiti yang tinggi.

Desktime merupakan sejenis aplikasi untuk mengesan produktiviti dan tingkah laku seseorang.

Aplikasi ini mengesan kadar produktiviti dan tingkah laku pengguna dan menerusi tinjauan, mereka yang paling produktif  didapati  melakukan kerja yang optimum dalam masa 52 minit diikuti dengan rehat sebanyak 17 minit.

Jika anda tidak dapat selesaikan satu-satu tugasan dalam masa 52 minit, anda patut berhenti seketika apabila berpeluang kerana ini akan bantu elakkan diri anda daripada merasa tertekan dan banyak lagi kelebihan yang anda akan perolehi sekiranya anda tidak memaksa diri anda dan buat kerja dalam keadaan yang tenang dan selesa.

Mana yang lebih efisien? Paksa diri untuk bekerja dalam masa yang lama sehingga kepenatan dan kehabisan tenaga untuk urusan seterusnya atau lakukan dalam masa yang diperuntukkan, kemudian ambil masa untuk berehat dan sambung lagi urusan kerja dengan rasa cergas dan bertenaga?

Jika anda sudah terlalu bosan untuk membuat urusan di pejabat dalam tempoh yang lama, kajian menunjukkan anda boleh mencuba cara lain untuk membuat kerja anda dengan lebih produktif.

Sebagai contoh, anda boleh membuat mesyuarat dengan santai dengan rakan sekerja anda di luar daripada pejabat seperti di kawasan rekreasi. Dapatan Sains menyatakan aktiviti luar mampu meningkatkan tahap pemikiran kreatif seseorang.

#3-Jangan Lakukan Tugasan ‘Multitasking’.

Related image

Sememangnya kemahiran ‘multitasking’ menjadi pilihan banyak syarikat dan menjadi antara kriteria utama pemilihan calon bakal pekerja.

Kalau hendak diikutkan hati, kita sendiri pun mahu selesaikan 10 tugasan pada satu masa, namun itu tidak akan pernah menjadi realiti dan hanya membebankan diri.

Ikut kajian, ‘multitasking’ hanya sebabkan kualiti kerja merosot dan memberi tekanan kepada otak pada kadar yang berlebihan.

Kenal pasti keutamaan tugas-tugas seharian anda dan lakukan mengikut hierarki kepentingan. Lakukan satu-persatu dengan fokus 100%, pasti akan berhasil.

Yang paling penting jangan lupakan utamakan diri anda sendiri. Tidak salah membantu orang lain, akan tetapi jika anda lakukannya dengan rasa terbeban, ini akan buatkan anda berasa stress.

Utamakan kesihatan anda dan bijaklah menyeimbangkan kehidupan kerja dan peribadi anda.



Sumber Bagaimana Jadi Produktif Dengan Penggunaan Masa Yang Optimum Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top