Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Tidak dapat dinafikan, pengasas Apple, Steve Job adalah salah seorang ‘speaker’ dan pembentang idea yang genius.

Hal ini diakui oleh ramai tokoh usahawan Amerika dan negara lain. Semasa hayatnya, orang ramai bukan sahaja ternanti-nanti produk baharu daripada Apple tetapi ramai juga yang menantikan Steve Job dan cara kreatifnya untuk mempersembahkan produk tersebut kepada umum.

Tim Cook, CEO terbaru Apple.Inc sendiri mengakui kehebatan Steve Job sebagai ‘speaker’ dalam monolognya yang didedikasikan kepada Steve yang telah mengasaskan syarikat ini pada 40 tahun yang lalu.

Kata Cook, “Hadiah terbaiknya, ekspresi terbaiknya, sumbangan terbaiknya untuk komuniti dunia bukanlah hanya satu produk sahaja sebaliknya kewujudan syarikat Apple itu sendiri.

Setiap kali Steve berbicara, dia mempunyai keupayaan untuk menarik sejumlah besar audien dan mendapat perhatian mereka sepenuhnya ibarat persembahan konsert rock.

Keupayaan ini tidak dimiliki oleh semua ‘speaker’. Dia berupaya menyampaikan ucapan dengan bagus kerana menggunakan strategi berikut.

#1-Ceritakan Kisah Anda, Bukan Kisah ‘PowerPoint’.

Image result for steve jobs during speech

Pemimpin hari ini bukan sahaja harus bijak menjadi penyampai mesej syarikat, namun harus tahu bagaimana untuk bercakap di depan audien tanpa bergantung kepada skrin dan alat pembentangan seperti ‘Power Point’.

Gunakan kuasa cerita yang bagus untuk diperdengarkan kepada orang ramai. Bukan sahaja kandungan cerita, teknik penceritaan juga penting untuk mempengaruhi dan memikat audien.

Steve Job merupakan pakar dalam penceritaan. Dia adalah bintang utama dalam persembahannya sendiri bukannya video ataupun gambar mahupun ‘slide’ pembentangan tersebut.

Menurut CEO Pepsi yang turut mengagumi beliau, walaupun penting bagi seorang ‘speaker’ untuk mempunyai bantuan daripada visual, akan tetapi, anda tidak sepatutnya bergantung kepada peralatan ini dan menganggapnya seperti mesin teleprompter yang anda baca secara lansung bagi membolehkan anda berucap dengan lancar.

Apa yang dilakukan oleh Steve Jobs adalah genius dimana dia hanya meletakkan beberapa gambar dan perkataan dan selebihnya adalah bahagian daripadanya.

Kehadiran beberapa keping gambar dan beberapa patah perkataan sudah cukup untuk membuatkan orang faham apa yang dia mahu perkatakan dengan jelas.

Menurutnya lagi, penyampaian bersahaja adalah lebih bagus berbanding penyampaian yang sarat dengan lebihan maklumat dan sukar untuk dihadam oleh audien.

Ada kemungkinan audien akan lupa apa yang anda perkatakan sebaik sahaja mereka keluar dari tempat tersebut. Akan tetapi mereka tidak akan lupa cerita yang menarik daripada pemimpin yang mereka kagumi dan hormati.

Cara pembentangan yang tradional tidak salah dan lapuk ditelan zaman, sebaliknya buat sedikit inovasi agar audien tidak bosan. Sebagai orang lama dalam bidang ini, Steve Jobs adalah mentor yang sukar ditandingi.

#2-Berhubung Dengan Audien Secara Emosional.

Image result for steve jobs during speech

Kunci utama untuk berhubung dengan audien dan menyentuh emosi mereka adalah dengan menyampaikan mesej yang berkaitan dengan audien bukannya hanya membawa mereka terus kepada tujuan atau agenda anda.

Ini adalah cara terbaik dimana tukang cerita yang bagus boleh berkomunikasi dengan audien mengenai visi syarikat dengan ringkas tanpa menceritakan perihal yang banyak mengenai syarikat.

Steve Jobs memiliki energi yang tersendiri di atas pentas. Selain daripada kebolehannya berbicara mengenai teknologi yang kompleks dalam cara yang ringkas, kasih dan minatnnya pada produk Apple boleh dilihat setiap kali dia berbicara mengenainya dalam setiap ucapannya.

Inilah faktor yang membuatkan audien terpukau dengan apa yang dia sampaikan, bukan kerana keuntungan seata-mata akan tetapi kerana minat dan semangat.

#3-Berlatih 2 Kali Ganda Daripada Apa Yang Anda Rasa Perlu.

Image result for steve jobs during speech

Berucap bukan hanya mengenai apa yang anda perkatakan sebaliknya bagaimana anda mengatakannya. Pastikan anda buat latihan sebanyak yang mungkin dan lebih daripada yang anda perlu.

Salah seorang kenalan rapat Steve Jobs sendiri mengatakan yang Steve sendiri menghabiskan masa berbulan-bulan untuk mempersiapkan diri dan membuat latihan ‘rehearsal’ sehingga kepenatan sebelum membuat kemunculan di hadapan umum.

Steve Jobs sendiri yang turun padang, memastikan kesemuanya dalam keadaan sedia sebelum berucap. Dia juga menitikberatkan aspek warna, sudut, pencahayaan dan mengatur penambahbaikan sekiranya perlu.

Setelah semuanya selesai, barulah dia beraksi di pentas dan melakukan persembahan ‘magik’ yang tersendiri yang menjadi sebahagian memori kekal bagi audien.



Sumber 3 Strategi Pembentangan Yang Steve Jobs Gunakan Untuk Mempengaruhi Pelanggan Apple. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top