Ibarat mempunyai ‘kuasa’ luar biasa, seorang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran berjaya ‘menterjemahkan’ salasilah keluarga adiwira Ultraman dari dunia imaginasinya ke dalam sebuah buku latihan.
Muhammad Amsyar Anas Ramlee, 18, membuatkan netizen terlopong seketika apabila mereka melihat lukisan keluarga besar Ultraman yang dilukisnya tular di media sosial.
Rata-rata memuji lukisan tersebut yang dilihat kemas dan dihasilkan dengan cukup teliti.
Hasil karya pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Sungai Petani, Kedah itu telah dimuat naik di Facebook oleh gurunya, Nurul Izani Ainun Ahmad Zani, 30, pagi Isnin, yang turut kagum dengan bakat anak didiknya itu.
Ketika dihubungi mStar Online, Nurul Izani Ainun berkata beliau sudah lama mengesan minat dan bakat pelajar autistiknya itu tetapi tidak menyangka anak didiknya itu mempunyai koleksi lukisan adiwira yang sangat banyak dan bermacam saiz.
“Dari awal tahun saya perasan dia suka melukis tapi tak sangka pula dia ada banyak koleksi.
“Selalunya saya nampak dia lukis adiwira bersaiz besar saja, tapi bila saya ternampak dia lukis yang kecil-kecil tu dan jumlahnya banyak, saya terus minta untuk ambil gambar dan kongsi di Facebook,” katanya.
Menurut guru subjek Literasi Komputer ini, pelajar tingkatan empat berkenaan telah mengumpulkan watak-watak adiwira kegemarannya seperti Ultraman dan Power Rangers yang dilukisanya di dalam buku latihan khas.
“Pertama kali saya nampak lukisan kecil-kecil tu tu, saya terus kata ‘wow banyaknya awak lukis’.
“Saya sedar dia minat melukis bila dia selalu jadi pelajar paling awal masuk kelas saya dan keluar paling lambat semata-mata nak guna komputer buat rujukan gambar adiwira sebelum mula melukis,” katanya.
Berbeza dengan pelajar normal, Nurul Izani Ainun berkata pelajar autistik atau kategori masalah pembelajaran mungkin ketinggalan dari segi akademik tetapi mempunyai kelebihan lain.
“Sebab tu tak ada rasa nak marah malah saya izinkan dia guna komputer, pelajar istimewa ni memang biasanya ada satu kelebihan atau kecenderungan dalam satu bidang dan kita kena pupuk minat mereka,” katanya.
Mengenai karektor Muhammad Amsyar Anas, beliau berkata pelajarnya itu adalah seorang yang peramah, pandai menguruskan diri sendiri dan tidak mempunyai masalah disiplin.
“Dia suka tegur semua cikgu, yang kenal atau tak kenal semua dia sapa ‘hai’, begitu juga pelajar lain,” katanya.
Beliau berkata sekolah tersebut yang memberi fokus dalam bidang kemahiran baru sahaja dibuka pada tahun ini dan menempatkan pelajar tingkatan empat dan lima yang mempunyai masalah pembelajaran dan pelajar kurang upaya.
Berumur 16 tahun ke atas dan tidak lebih 21 tahun, pandai menguruskan diri sendiri adalah antara syarat untuk masuk ke sekolah berasrama ini.
Sumber: Mstar
Sumber “Wow! Macam ada kuasa luar biasa!” – Pelajar punyai masalah pembelajaran berjaya lukis salasilah keluarga Ultraman dalam buku latihan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar