Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
(Video) Terpengaruh Dengan 'Prank Bodoh' Di Internet, Kanak-Kanak 11 Tahun Melecur Teruk Sehingga Kulit Muka Tertanggal

(Video) Terpengaruh Dengan ‘Prank Bodoh’ Di Internet, Kanak-Kanak 11 Tahun Melecur Teruk Sehingga Kulit Muka Tertanggal

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melecur tahap dua selepas disimbah dengan air panas oleh rakannya, hingga ada kulit mukanya yang tertanggal.

Pihak penyiasat berkata, insiden tersebut mungkin berlaku disebabkan satu ‘trend’ terbaru di Facebook yang dikenali sebagai cabaran air panas di mana ada yang menganggapnya sebagai prank bodoh.

Kejadian berlaku ketika Jamoneisha Merritt bermalam di rumah rakannya, yang mana rakannya itu mengambil air panas yang mendidih dan menuangnya ke dalam cawan.

Yolanda Richardson yang juga sepupu kepada Jamoneisha berkata, Jamoneisha dan rakannya itu bergaduh, dan sekiranya Jamoneisha bermalam di rumah rakannya itu, dia (rakannya) akan lakukan sesuatu kepadanya.

Insiden itu berlaku ketika Jamoneisha sedang tidur, bila mana kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu menyimbah air panas ke atasnya, menurut pihak polis.

Dia terjaga dari tidur sejurus selepas itu, dan menjerit dengan menyatakan ia ‘terbakar’.

Disebabkan simbahan air panas itu bahagian atas badan Jamoneisha, termasuk muka, belakang, bahu, leher dan dada melecur teruk.

Menurut keluarganya, dia dalam keadaan sakit dan beremosi, sehingga tidak sanggup untuk menunjukan tahap melecur yang dihadapinya.

Jamoneisha juga takut dan keliru dengan tindakan mereka yang dianggapnya sebagai kawan-kawan.

Berikut adalah video prank tidak masuk akal dan dianggap bodoh oleh masyarakat yang telah menyebabkan ‘mangsa’ menerima akibat yang teruk.

Sumber: SK


Sumber (Video) Terpengaruh Dengan ‘Prank Bodoh’ Di Internet, Kanak-Kanak 11 Tahun Melecur Teruk Sehingga Kulit Muka Tertanggal Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top