Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

BEIJING – Akibat menolak permintaan cucunya yang meminta wang untuk membeli data internet, seorang kanak-kanak dengan beraninya cuba tetak kedua-dua datuk dan neneknya sendiri.

 

 

Enggan Beri Duit Topup, Cucu Ugut Tetak Datuk, Nenek

Enggan Beri Duit Topup, Cucu Ugut Tetak Datuk, Nenek

 

 

Kanak-kanak itu dikatakan ketagih bermain game online sejak dibelikan telefon bimbit oleh ibu bapanya bagi memudahkan mereka berkomunikasi. Tapi ternyata ia telah disalah guna oleh kanak-kanak di bawah umur tersebut.

 


 

Menerusi rakaman video yang berdurasi selama 2.10 minit itu menunjukkan seorang lelaki warga emas sedang menghalang kanak-kanak tersebut daripada berbuat perkara yang tidak dingini.

Datuknya cuba menghalang dengan memegang sebatang buluh kerana cucunya itu sedang mengamuk sambil memegang dua bilah pisau pemotong daging di kedua dua tangannya.

Tambah datuknya lagi, cucunya itu akan meminta wang untuk membeli kad tambah nilai untuk membeli data internet. Kanak-kanak itu dikatakan telah ketagih bermainan online game hampir setiap hari tanpa henti.

Pada mulanya mereka menurut saja permintaan cucunya itu tapi lama kelamaan kanak-kanak itu kelihatan ketagih dan mereka mengambil keputusan untuk langsung tidak lagi memberi wang kepadanya.

Pasangan itu namun tidak pernah terfikir bahawa cucu mereka itu dengan beraninya akan mengugut untuk menetak warga emas itu jika mereka tidak memberi wang yang dimintanya.

Menurut media China, selepas insiden cemas itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut langsung tidak memberinya menggunakan telefon bimbit lagi kerana bimbang perkara seperti itu akan berlaku pada masa akan datang.

Moral ceritanya ibu bapa sangat ditegaskan untuk mengawal setiap aktiviti anak-anak mereka terutamanya yang menggunakan telefon bimbit ketika masih di bawah umur.

Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

 



Sumber Enggan beri duit topup, cucu ugut tetak datuk dan nenek Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top