Assalamualaikum. Saya mohon perkara ini diviralkan kerana ingin menuntut keadilan dan rasa perikemanusiaan insan.
Manusia yang tidak berhati perut dan tiada perasaan itu agaknya memandu sambil bermain telefon bimbit. Sudahlah melanggar kami, dan dia membiarkan kami begitu sahaja tanpa mempedulikan kami yang berguling di bahu jalan. Malah dia tidak memberhentikan kenderaannya langsung.
Kami manusia, bukan binatang dan kami ada anak untuk ditanggung. Fikirkanlah atas dasar kemanusiaan dan rasa tanggungjawab. Kami gagal mendapatkan nombor plat kereta tersebut.
Kami merayu agar mana-mana pihak boleh membantu sekiranya ada rakaman kamera di dalam kereta ataupun pihak-pihak yang mengetahui sama ada jiran, kawan ataupun saudara mara yang mengenali pemandu kereta tersebut, sila hubungi saya segera.
Pemandunya agak melampau dan tidak membantu kami yang terlantar di bahu jalan. Malah tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan mereka terlepas begitu sahaja.
Kami ada anak untuk disara kehidupannya. Kami perlukan keadilan yang sewajarnya.
Sumber: Alyn Kecik
Sumber ‘Tolong viralkan, cari pemandu Honda Jazz itu’ – Suami isteri hancur dan patah kaki dilanggar lari Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar