Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
"Ayah, tolonglah. Kau bercerai hanya dengan ibu budak itu. Dengan dia takkan pernah putus pertalian yang ada. Takkan pernah!" - Luahan guru lelaki ini buat pembaca sebak...

“Ayah, tolonglah. Kau bercerai hanya dengan ibu budak itu. Dengan dia takkan pernah putus pertalian yang ada. Takkan pernah!” – Luahan guru lelaki ini buat pembaca sebak…

Hidup saya sebagai seorang guru Tahun 1 memang dikelilingi dengan budak-budak. Sudah 12 tahun begini. Tahun demi tahun, pentadbir terus meners memberi kepercayaan kepada aku bersama Tahun 1. 

Sudah puas menolak, tetapi mereka kata saya serasi dengan Tahun 1. Budak-budak suka, kata mereka. Lagipun payah nak mencari guru lelaki yang sanggup pegang Tahun 1.Maka saya akur sahaja. 
Nak tahu apa yang paling meruntun hati saya bila mengenali anak-anak tulus ini? Bukan mereka dari keluarga miskin, bukan! Bukan yang tak pandai menulis, membaca, bukan! Paling meruntun hati ialah anak-anak yang kehilangan kasih seorang ayah. 
Ibu bapa yang bercerai, kebanyakan anak-anak akan tinggal bersama ibu. Dan saya nak ingatkan kaum lelaki yang bercerai dengan isteri, tolonglah sesekali pulang menjenguk anak kandung kalian. Luangkan masa membawa mereka keluar, bermain, bertanya khabar berita dan beri kasih sayang yang selayaknya mereka terima dari anda yang bergelar ayah. Tolonglah ayah!
Saya perasan, murid yang datang bermanja dengan saya biasanya datang dari keluarga yang bercerai. Bila ditanya tentang ayah, katanya sudah bertahun-tahun tak jumpa. Maka ada ruang, mereka akan mendekati saya untuk meminta perhatian dan kasih sayang yang hilang. 
Saya guru, saya hanya mampu melayan sekadar cuma. Sekadar melayan mereka bersembang, terkadang pura-pura memuji lukisan/warna atau hasil kerja yang mereka lakukan. Sebaik melangkah masuk kelas, ada sahaja murid yang hilang kasih sayang datang merapat dan bertanya. 
“Cikgu, cantik tak lukisan saya?” 
“Wah! Cantiknya awak melukis. Nanti lukis lagi, cikgu nak tengok ya?” balas saya sambil mengusap kepalanya. 
Saya faham, dia perlukan perhatian. Makan saya luangkan sedetik untuk itu supaya dia rasa dihargai, supaya dia rasa disayangi. 

Hari ini murid tak ramai datang. Maka kami solat jemaah di surau sahaja. Lepas imamkan solat Zohor, aku panggil murid…

Posted by Mohd Fadli Salleh on 17hb Jun 2017

Ayah, tolonglah. Kau bercerai hanya dengan ibu budak itu. Dengan dia takkan pernah putus pertalian yang ada. Takkan pernah! Berikan anak itu hak mereka, hak untuk dikasihi oleh ayah, hak untuk disayangi oleh lelaki bergelar bapa. Tolonglah ayah!
Saya guru lelaki, walau dengan murid Tahun 1, saya sangat menjaga batasan terutama dengan murid perempuan. Selalu sahaja murid perempuan yang datang memeluk pinggang saya, ingin saja saya balas pelukan itu kerana saya tahu anak itu rindukan pelukan ayahnya.
Tetapi malangnya tidak boleh. Tidak boleh dan tidak pernah saya memeluk anak murid perempuan. Batasan saya dengan murid hanya sekadar bersalaman dan mengusap kepala, itu sahaja. Luka (bahagian lutut ke atas), kencing berak, sakit perut dan sebagainya, saya rujuk pada guru perempuan. Tidak pernah saya sapu minyak angin di perut murid perempuan. Apatah lagi salin pakaian sebab mereka terkencing dalam kain, jauh sekali.

Posted by Mohd Fadli Salleh on 25hb Julai 2017

Setiap kali ada yang datang memeluk pinggang, saya elak cepat-cepat. 
“Dah, kita nak belajar dah ni. Lagipun tak elok orang perempuan peluk cikgu. Marah isteri cikgu nanti.” maka dileraikan pelukan itu.
Selang beberapa hari kemudian, mereka peluk lagi. Agaknya rindu terhadap ayah kandung mereka begitu sarat. Agaknya begitu. Maka, tolonglah ayah! Meskipun saya rapat dengan mereka, namun saya masih orang asing. Hanya sekadar guru biasa dan takkan sesekali mampu menggantikan tempat istimewa anda sebagai seorang ayah di hati mereka.

Posted by Mohd Fadli Salleh on 25hb Julai 2017

Saya hanya sekadar mampu menjadi orang tengah untuk mereka mendapat perhatian dan rasa disayangi. Dan saya memang sayang pada setiap anak-anak didik saya. Saya cuba semampu mungkin untuk melayan mereka, membuatkan mereka terasa dihargai. Tetapi sekadar itu cuma. Cuma sekadar kasih antara murid dan guru. 
Kau ayahnya, pulanglah sesekali. Pulanglah untuk mengubati kerinduan mereka. Ayah, tolonglah! Mengapa dibiar anak terus merindu? Mengapa?
Via: TR


Sumber “Ayah, tolonglah. Kau bercerai hanya dengan ibu budak itu. Dengan dia takkan pernah putus pertalian yang ada. Takkan pernah!” – Luahan guru lelaki ini buat pembaca sebak… Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top