Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas pelakon Shaheizy Sam.

Peguam hasil Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar berkata tarikh itu ditetapkan Penolong Pendaftar mahkamah, Siti Surieyati Mohamed Yusoff dalam kamar hari ini.

"Mahkamah mengarahkan pihak LHDN  untuk memfailkan petisyen pemiutang bagi memulakan proses prosiding kes ke atas Shaheizy.

"Selepas petisyen pemiutang difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh pendengaran kes ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam. 

Beliau berkata pada prosiding hari ini, Shaheizy diwakili peguam Syafinah Taib.

LHDN sebelum ini berkata tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan pelakon Shaheizy Sam dalam akhbar mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim dilapor berkata, notis itu diterbitkan selepas lembaga itu mendapat kebenaran mahkamah mengenainya.

Bagaimanapun, Shaheizy atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd Samad, 34, dalam kenyataannya kepada media mengakui tidak tahu menahu mengenai status dirinya yang diisytihar muflis.

Pada masa yang sama, katanya, beliau belum menerima sebarang notis amaran sebelum ini.  - Bernama
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top