Pemergiannya masih terasa sehingga kini. Vokalis Linkin Park, Chester Bennington pergi buat selamanya selepas ditemukan maut di kediamannya pada 20 Julai 2017.
Dikhabarkan mengalami depresi, Chester Bennington pun memilih mengakhiri hidupnya dengan gantung diri. Namun kes sebegini bukanlah asing dalam dunia hiburan, malah ada beberapa penyanyi mahupun pelakon atau model turut mengakhiri hidup dengan bunuh diri.
Memetik Hangat.com, inilah 5 artis yang mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri.
Park Yong Ha
Siapa pernah layan drama dari Korea, Winter Sonata ni dulu. Park Yong Ha, 33 tahun..hero drama tersebut ditemui membunuh diri menggunakan kabel telefon dirumahnya.
Punca dia membunuh diri dikaitkan dengan bisnes yang dijalankan tidak menjadi dan akibat tekanan kerana ayahnya menghidap kanser sekian lama. Dan part yang paling sedih, ibu dia sendiri orang yang mula-mula jumpa mayat dia. Kemahsyuran kini hanya tinggal kenangan…
Chris Cornell
Chester Bennington meninggal pada 20 Julai. Bukan tarikh biasa, kerana sama hari dengan hari lahir sahabatnya yang juga meninggal dunia kerana bunuh diri, Chris Cornell. Seperti diketahui, Chris Cornell yang merupakan vokalis dari Audioslave meninggal akibat bunuh diri pada bulan Mei tahun 2017.
Tommy Page
Berita kematian Tommy Page pada 3 Mac 2017 telah menjadi perbincangan hangat, di mana penyanyi yang popular dengan lagunya I’ll Be Your Everything ini dikhabarkan meninggal kerana bunuh diri. Tommy meninggalkan tiga orang anak angkatnya.
Penyebab kematian Tommy menjadi pertanyaan besar dan ada yang menyatakan bahawa pemuzik berusia 46 tahun itu meninggal dunia kerana bunuh diri setelah berjuang melawan depresi.
Kurt Cobain
Vokalis band Nirvana, Kurt Cobain, ditemukan mati bunuh diri pada 8 April 1994 di rumahnya di Seattle, Amerika Serikat. Dia mengakhiri hidup dengan menembak kepalanya sendiri namun sebelumnya meninggalkan pesan terakhir melalui nota kertas.
Cobain meninggal duniasaat kegemilangan band Nirvana. Penulis lagu legenda “Smells Like Teen Spirit” ini adalah ikon musik Grunge.
Kim Ji-hoo
Pada 6 Oktober 2008, Ji-hoo ditemui bunuh diri di kediamannya. Ketika itu, Ji-hoo baru sahaj berusia 23 tahun dan berprofesi sebagai aktor dan model di Korea. Sebelum mengakhiri hidupnya, ia menulis dalam surat wasiat bahawa dirinya kesepian. Selain itu, selama perjalanan kariernya, ia sempat akui kalau dirinya adalah seorang suka sesama jenis.
Posting Komentar