Tidak dinafikan keberkesanan Bront Palarae dalam membawakan sesuatu watak yang dilakonkannya.
Menjelang final bola sepak sukan SEA di antara Malaysia dan Thailand, segelintir warga laman sosial mahu Bront menjadi pengulas sukan seperti yang pernah dilakukannya dalam filem Ola Bola.
Perkara tersebut turut mendapat sokongan rakan selebriti lain termasuklah Sharifah Amani.
Bagaimanapun wujud juga reaksi kurang senang daripada warga laman sosial dengan perkara tersebut dan hanya mahu Bront kekal sebagai pelakon sahaja.
“Itu pendapat orang ramai sahaja dan saya pun hanyalah seorang pelakon tetapi saya ambil cadangan itu sebagai satu pujian. Ia juga bukti lakonan saya dalam Ola Bola sebenarnya menjadi dan untuk menggalas tanggungjawab itu rasanya ia tidak logik”
“Lagipun ia bukan bidang saya dan pengulas sukan sedia ada pun semuanya dari kalangan terbaik,” jelasnya kepada mStar Online. Apa yang pasti, sama-samalah kita menyokong pasukan kebangsaan agar dapat membolot emas dalam sukan bola sepak yang menjadi kebangaan rakyat Malaysia – ketika ini.
Posting Komentar