Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan, beliau bersama rombongannya pergi ke London bukan untuk tujuan berjalan-jalan.

Sebaliknya, jelasnya, tujuan beliau ke sana adalah untuk memastikan anak-anak di bawah program PERMATA mendapat peluang memasuki Universiti Oxford.

“Kita inginkan anak-anak ini berjaya dalam bidang mereka dan kita juga telah bincang, bagaimana boleh diambil mereka ini untuk diberi laluan untuk masuk ke universiti Oxford, insha Allah.

“Saya ke sana bukan berjalan-jalan. Saya ke sana ‘berjalan’ dengan (pengarah Pusat PERMATA Pintar) Dr Noriah (Mohd Ishak). Saya balik dulu, dia (Dr Noriah) tinggal. Kita pergi ke Oxford itulah.

“Salah satu perbincangan ialah dengan Oxford Centre for Islamic Studies untuk bincang bagaimana anak PERMATA Insan dapat masuk Oxford,” katanya

Beliau berkata demikian semasa menghadiri program Bual Santai: Kenali Anak Pintar Anda di Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada Mei lalu, Rosmah yang merupakan penaung program PERMATA pergi ke London, United Kingdom bersama pelajar-pelajar dari kolej PERMATA.

Turut serta bersamanya ke London ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Bagaimanapun, kunjungan Rosmah ke United Kingdom itu dipersoal Anggota Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang bertanya tentang kos lawatan ke negara berkenaan.

Program PERMATA mempunyai tujuh cabang iaitu PERMATA Negara, PERMATA Pintar, PERMATA Insan, PERMATA Seni, PERMATA Kurnia, PERKASA Remaja dan Hospital Kanak-kanak PERMATA. Ia turut merangkumi Kolej PERMATA Pintar dan kolej PERMATA Insan.

Untuk anak IQ tinggi

Sementara itu, Rosmah turut menjelaskan kewujudan program PERMATA adalah untuk anak-anak yang mempunyai level kemampuan akademik (IQ) melebihi 140.

Malah, beliau menerangkan, program itu juga bagi memastikan anak-anak genius mempunyai tempat untuk mereka mendapat pembelajaran yang setanding dengan IQ mereka.

“Sekolah biasa bukan untuk tak pandai tapi untuk IQ normal macam saya.

“Ini yang IQ 140 ke atas, saya berpendapat kalau tak ada program PERMATA Pintar dan Insan, rugi mereka ini,” katanya yang turut memberitahu, pelajar yang memasuki kolej PERMATA merupakan pelajar yang dapat belajar dengan cepat.

“Silibus tingkatan empat dan lima, silibus untuk dua tahun mereka belajar dalam masa lapan bulan sahaja. Kalau mereka dapat kelulusan baik terus masuk universiti.

“Jangan ingat pelajar negara lain je ada pelajar pandai-pandai. Kita sepatutnya sedar ramai antara yang mendapat kejayaan tertinggi datang daripada anak-anak di Malaysia,” tegasnya.

 

Sumber: MK



Sumber “Saya ke sana bukan berjalan-jalan” – Rosmah Mansor Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top