Adakah anda mengenali siapa Jeff Bezos? Dia adalah pengasas dan CEO Amazon.com iaitu portal membeli-belah dalam talian yang terbesar di dunia.
Pernah menduduki tangga teratas sebagai orang paling kaya di dunia untuk sementara waktu berdasarkan senarai yang dibuat oleh Forbes dan kemudian jatuh pada tempat ketiga dalam senarai orang yang paling kaya di dunia.
#1-Kehidupan Awal Jeff Bezos.
Dilahirkan pada 12 Januari 1964, di Albuquerque, New Mexico oleh seorang remaja perempuan, Jacklyn Gise Jorgensen dan pasangannya Ted Jorgensen.
Pasangan ini berkahwin kurang daripada tempoh setahun. Ketika usia Jeff 4 tahun, ibunya berkahwin semula dengan imigran dari Cuban iaitu Mike Bezos.
Sejak dari kecil, Jeff menggemari peralatan elektrik dan sentiasa mengambil tahu bagaimana sesuatu peralatan tersebut berfungsi.
Dia kemudian berpindah ke Miami dan mula berminat untuk mempelajari komputer.
Bisnes pertamanya adalah semasa berada di sekolah menengah iaitu the Dream Institute, sebuah institusi pendidikan yang mengadakan kem musim panas untuk pelajar gred 4,5,dan 6.
#2-Karier Awal Jeff Bezos.
Sebagai ikon teknologi, Jeff berjaya pada usia 53 tahun dengan anggaran harta kekayaan sebanyak $84.7 billion. Untuk pengetahuan, semasa zaman mudanya, Jeff menghabiskan usia 20-an dengan bertukar-tukar kerja.
Semasa di Universiti Princeton, Jeff sedar yang dia tidak boleh mengikut kelas tersebut dengan baik seperti pergaulannya dengan rakan sekuliah.
Jeff kemudiannya menukar bidang daripada Fizik kepada Sains Komputer. Pada tahun 1999, dia mula bercadang untuk buka bisnes secara serius.
Setelah tamat pengajian di universiti, Jeff menolak beberapa tawaran kerja daripada syarikat terkemuka seperti Intel, Bell Labs dan Anderson Consulting. Sebaliknya, dia menerima kerja di Fitel iaitu sebuah start-up telekomunikasi.
Matlamat syarikat Fitel adalah untuk mencipta rangkaian telekomunikasi global untuk firma-firma.
Jeff dengan mudahnya telah mengasingkan kod-kod talian dan dan telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pembangunan dan Pengarah Servis Perkhidmatan Pelanggan.
Dia menghabiskan masa selam 2 tahun untuk membangunkan bisnes tersebut akan tetapi akhirnya gagal. Jeef berhenti dan bekerja di Banker’s Trust, yang kini sebahagian daripada Deutsche Bank.
Di Banker’s Trust, prestasi Jeff cemerlang kemudian dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Presiden. Tetapi Jeff menjadi bosan setelah bekerja selama 2 tahun disitu. Pada usia 26 tahun, dia berniat untuk menyertai dunia teknologi.
Jeff kemudian mengambil kerja di syarikat pelaburan D.E. Shaw dan menjadi Timbalan Presiden dalam masa 4 tahun. Di situ, Bezos dikehendaki membuat kajian mengenai peluang-peluang bisnes dalam online kerana ledakan internet pada awal 1990.
Setelah membuat senarai 20 jenis produk yang boleh dijual secara online, Jeff berkeputusan yang buku merupakan pilihan yang terbaik.
Namun, dia tidak dapat meyakinkan syarikat D.E. Shaw untuk melaksanakan bisnes tersebut jadi dia membuat keputusan untuk melakukannya sendiri.
Kata Jeff, “Saya tahu yang saya mungkin akan menyesal suatu hari nanti jika sekiranya saya tidak menyertai bisnes dalam internet yang akan menjadi revolusi besar dunia. Apabila saya fikirkannya, lebih mudah untuk saya membuat keputusan kerana perniagaan berasaskan internet pasti berbaloi ”.
Pada tahun 1994, Amazon telah ditubuhkan dan seterusnya menjadi fenomena dunia.
Jeff telah membeli The Washington Post pada nilai 250 juta dolar pada 2013.
#3-Pelancaran Amazon.com
Jeff memulakan bisnes Amazon bermula dari garaj sebagai pusat operasi dengan tenaga kerja seramai beberapa orang. Dia mula membangunkan aplikasi dan kembangkan operasi perniagaan di rumah dua bilik, dilengkapi oleh 3 Sun Microstations.
Selepas menjemput 300 kawannya untuk mencuba portal tersebut, Amazon.com yang dinamakan sempena nama sungai di Amerika Selatan dilancarkan secara rasmi pada 16 Julai, 1995.
Tanpa sebarang promosi media, mereka berjaya menjual buku di US dan 45 buah negara lain dalam masa 30 hari. Dalam masa 2 bulan, jualan mereka mencecah 20,000 dolar seminggu, lebih cepat daripada apa yang mereka bayangkan.
Pada tahun 1997, Amazon telah dibuka untuk orang awam dan mereka menjadi peneraju dalam dunia e-commerce.
Mereka bukan sahaja hanya menjual buku sebaliknya mengembangkan untuk produk lain seperti CD, pakaian, alat permainan dan banyak lagi. Jualan mereka dari tahun 1995 sebanyak 510,000 dolar kepada 17 billion pada tahun 2001.
Jeff bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Dia juga bukanlah selalu berjaya dalam bisnes. Berikut adalah apa yang dia lakukan ketika berusia 20-an yang menjadi antara sebab dia berjaya sekarang.
#4-Nasihat Jeff Bezos Kepada Usahawan.
Berikut adalah nasihat Jeff Bezos kepada para usahawan di luar sana untuk membangunkan perniagaan dengan bagus.
– Hanya benarkan pekerja untuk bekerja hanya 32 jam seminggu.
– Fokus kepada perkara dalam bisnes yang tidak akan berubah.
– Ambil tahu apa yang pelanggan inginkan daripada bisnes kita 10 tahun akan datang dan gandakan usaha,wang dan tenaga kearahnya.
– Akan sentiasa ada ‘trend’ baru dalam pasaran akan tetapi apa yang kekal adalah apa bagaimana kita berterusan untuk membangun.
Sumber Kisah Kejayaan Amazon.com: Jual Buku Online Bermula Dari Garaj Hingga Kini Miliki Aset Harta Bernilai $84.7 Billion Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar