Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Mungkin ada yang rasa, semakin banyak kerja, semakin berkurang masa yang akan berbaki untuk melakukan perkara yang kita sukai.

Kerana lambakan kerja, kita guna ruang masa lapang yang ada untuk menghabiskannya. Mungkin pernyataan yang kalau anda ingin maju dalam kerjaya, anda harus luangkan masa di luar kedengaran tidak kena.

Akan tetapi sebenarnya, ini adalah perkara benar yang ramai antara kita terlepas pandang dan tersilap faham sebenarnya.

Menurut kajian saintifik, telah terbukti bahawasanya mempunyai dan melakukan hobi kegemaran secara konsisten akan bantu untuk kita lebih berjaya di tempat kerja, menangani kehidupan kerja yang stress dan bantu kita berfikir secara kreatif.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sendiri mengakui yang dengan adanya hobi , majikan anda akan melihat anda sebagai individu yang ada jati diri, optimis dan bersemangat.

Topik hobi adalah antara topik kegemaran yang sering diajukan oleh penemuduga semasa temuramah.

Menurut kajian yang disokong oleh fakta saintifik, kelebihan seseorang individu apabila memiliki hobi adalah seperti berikut :

#1- Prestasi Kerja Lebih Meningkat.

Percaya atau tidak, memiliki hobi atau perkara yang disukai di luar waktu kerja 9-5 akan bantu anda buat kerja dengan lebih baik.

Kajian yang dilakukan terhadap 400 pekerja mendapati ada perbezaan antara mereka yang mempunyai hobi atau tidak. Perbezaan di antara dua golongan ini adalah daya kreativiti.

Pekerja yang mempunyai hobi dan konsisten melakukannya dikatakan lebih kreatif berbanding mereka yang tidak mempunyai hobi.

Manfaat kreativiti terhadap pekerjaan adalah anda akan lebih banyak menjana idea dengan lebih mudah untuk mana-mana projek syarikat. Anda juga akan ada sikap yang baik ketika bekerja.

Kajian lain pula mendapati yang dengan mempunyai hobi, pekerja akan lebih berpuas hati dengan kerja mereka dan kurang merasa tertekan di tempat kerja.

#2- Meningkatkan Kualiti Kesihatan Fizikal.

Ini tidak bermakna hobi anda mestilah berkaitan dengan aktiviti fizikal dan kecergasan.

Kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi terhadap 1,400 orang mendapati yang mereka yang sering melakukan aktiviti yang seronok dan santai mempunyai kadar tekanan darah yang lebih rendah dan BMI yang lebih seimbang dan sihat.

Dalam erti kata lain, hobi yang melibatkan pergerakan minimum seperti  mengait, membuat barangan kraf, bermain gitar akan buatkan kesihatan kita bertambah baik.

#3-Mengurangkan Tekanan.

Pakar Psikologi Kesihatan mengatakan yang melakukan hobi dapat mengurangkan tekanan dan membantu kesihatan mental.

Dapatan kajian dapati yang setiap kali individu melakukan hobi yang mereka sukai, secara tidak lansung, tubuh mereka akan mengurangkan kadar stress dan akan meningkatkan hormon yang membantu mereka untuk lebih  fokus, lebih gembira, dan jangka hayat hidup yang lebih lama.

Kajian ini juga mendapati yang mereka ini adalah golongan yang akan berterusan berasa lebih gembira dan kurang rasa tertekan, rasa negatif selepas melakukan aktiviti hobi mereka.

Sebab itulah, jika kita rasa ingin meningkatkan prestasi kerja, cara yang betul bukalah berkurung di dalam pejabat sehingga lewat malam atau bawa kerja pulang kerumah.

Sebaliknya, disebalik kesibukan melakukan kerja baik sebagai pekerja atau sebagai usahawan, kita hendaklah sediakan ruang masa yang secukupnya dan lapangkan diri pada ketika itu untuk melakukan hobi kita secara konsisten.

Dengan ini secara automatiknya, kita akan mendapat manfaat yang bagus untuk kesihatan diri dan kesihatan kerja. Begitu juga persepsi orang terhadap anda akan lebih bagus dan menarik.



Sumber 3 Sebab Saintifik Miliki Hobi Akan Bantu Tingkatkan Karier Anda Menurut Pengasas Facebook Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top