Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KEJAM. Perkataan yang amat sesuai dengan apa yang telah dilakukan seorang lelaki terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun!

 

Kejam! Lelaki 19 tahun sapu balm pada kemaluan anak kekasihnya yang berusia 4 tahun sampai berdarah

Kejam! Lelaki 19 tahun sapu balm pada kemaluan anak kekasihnya yang berusia 4 tahun sampai berdarah

 

 

Lelaki berusia 19 tahun itu tergamak menyapu balm pada kemaluan anak kekasihnya sehingga berdarah. Kejadian dilaporkan berlaku di Jawa Timur, Indonesia.

Bukan itu sahaja, malah muka dan bahagian belakang badan kanak-kanak itu turut lebam dan luka dipercayai dipukul lelaki berkenaan.

Dikhabarkan, kanak-kanak berkenaan dijaga suspek ketika ibunya sedang bekerja. Ibu kanak-kanak tersebut telah menjalinkan hubungan dengan lelaki durjana tersebut selama tiga tahun selepas bercerai.

 

Mangsa telah mengadu tentang kejadian berkenaan selepas ibunya pulang dari kerja. Ibu mangsa yang risau terus membawa mangsa ke klinik selepas mendapati kemaluan anaknya itu berdarah.

Laporan polis dibuat dan suspek berjaya ditahan kurang enam jam selepas itu.

Suspek mengakui kesalahannnya dengan alasan kanak-kanak berkenaan terlalu nakal.

“Saya berang,sebab dia sangat nakal,” katanya.

Rupa-rupanya suspek sebelum ini pernah mengasari anak wanita berkenaan tetapi didiamkan sahaja oleh si mangsa sehinggalah terjadi perbuatan terbaru yang disifatkan ibunya sesuatu yang tidak dapat dimaafkan.

Nakal macam mana pun seorang kanak-kanak itu, perlakuan kejam bukanlah cara untuk mengajar mereka. Bukan ke masih banyak lagi cara lain untuk mengajar dan beri nasihat?

Lagipun kejadian di atas ini agak nyata satu gangguan seksual dan bukan sebab kanak-kanak itu nakal pun!

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

 



Sumber Kejam! Lelaki 19 tahun sapu balm pada kemaluan anak kekasihnya yang berusia 4 tahun sampai berdarah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top