Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Tidak dinafikan kebelakangan ini, terdapat begitu banyak drama yang menampilkan pelakon-pelakon baru. Mereka diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dan ada kalanya lakonan mereka tampak kayu. Namun begitu, ia tidak menghalang mereka dari mengecap populariti dan mengumpul jutaan pengikut di media sosial.

Bagaimanapun, terdapat pelakon-pelakon lebih berpengalaman atau lebih senior yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan para pelakon baru ini, dengan lantang membidas pelakon-pelakon baru yang dianggap ‘kayu’.

"Cuma mampu senyum pelakon lama kutuk pelakon baru, padahal dulu dia pun sama..." - Aziz M. Osman-08-14_at_11.59.12_AM

“Cuma mampu senyum pelakon lama kutuk pelakon baru, padahal dulu dia pun sama…” – Aziz M. Osman

Pengarah dan pelakon berpengalaman, Aziz M. Osman, melalui akaun Twitternya menyuarakan yang dia hanya mampu tersenyum apabila pelakon-pelakon lama mengutuk pelakon baru. Ironinya, semasa pelakon lama ini masih baru, lakonan mereka juga kayu.

Tweet Aziz disambut baik oleh sebilangan pengguna Twitter yang turut menganggap perangai pelakon lama yang mengutuk dan memerli pelakon-pelakon baru seperti itu menjengkelkan.Screen_Shot_2017-08-14_at_11.59.20_AM

Ada yang hilang minat kepada pelakon lama kerana terlalu lantang mengutuk pelakon-pelakon baru yang dikatakan ‘kayu’. Malah pelakon hebat seperti Ida Nerina juga dilihat membalas tweet Aziz dengan emoji ketawa besar.

Screen_Shot_2017-08-14_at_11.59.33_AM

Sudah tentu, tiada siapa yang masuk ke dalam industri dengan bakat tersangat besar dan melakukan segalanya dengan sempurna untuk kali pertama.

Screen_Shot_2017-08-14_at_11.59.45_AM
Oleh sebab itu, mungkin pelakon lama patut lebih berlapang dada kerana lakonan bukan seperti nyanyian. Nyanyian memerlukan bakat untuk memberikan persembahan terbaik tetapi lakonan lebih kepada satu bentuk kemahiran yang boleh diasah asalkan gigih belajar. Bakat semulajadi ialah satu bonus.

Aziz ialah seorang pengarah prolifik yang pernah menghasilkan pelbagai filem, drama dan telefilem sejak tahun 90-an. Antara filemnya yang popular ialah XX Ray dan Leftenan Adnan. Baru-baru ini Aziz M Osman muncul sebagai pengarah drama Dia Bidadariku lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid dan Norman Hakim. –beautifulnara.com

Sumber: Beautifulnara

 



Sumber “Cuma mampu senyum pelakon lama kutuk pelakon baru, padahal dulu dia pun sama…” – Aziz M. Osman Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top