Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Presiden Persatuan Penerbit Drama Televisyen Malaysia (PVTM) Datuk Jurey Latiff Rosli berpendapat tindakan penerbit drama Izinkan Aku Mencintaimu iaitu Mahligai Serimas berdiam diri sepanjang isu ini hangat diperkatakan adalah tepat.

Jurey berkata, pihak produksi mungkin dalam keadaan tertekan dan sedang fokus menyiapkan drama yang sudah lebih daripada tempoh penggambaran ditetapkan.

“Mereka bukan tidak mahu mengulas tentang isu ini, tapi mereka tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak sama ada Aliff atau Afifah kerana penggambaran masih belum tamat.

“Jika mereka membuat kenyataan dan disalah ertikan mana-mana pihak mungkin akan lebih mengeruhkan keadaan dan kerja mereka lebih sukar.

“Saya percaya mereka juga dalam keadaan tertekan,” ujarnya kepada mStar Online.

Jurey berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan produksi yang dituduh membuat perancangan menjadikan heroin drama itu, iaitu Afifah Nasir sebagai alat memikat Aliff Aziz supaya datang ke lokasi penggambaran.

 

Dunia hiburan dikejutkan apabila Aliff ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang pelakon baru iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menjadi tular apabila kelihatan individu mirip Aliff dilihat berpimpin tangan dengan seorang wanita dalam kelab karaoke berkenaan.

Sementara itu, mengulas tentang tuduhan perancangan yang diatur produksi berkenaan, Jurey berkata, mereka bertanggungjawab memastikan pelakon utama berada dalam keadaan baik dan mewujudkan keserasian.

Bagaimanapun, ia tidaklah sampai memaksa mereka untuk bercinta.

“Produksi akan memastikan pelakon utama ada hubungan baik dan tidak bermasam muka, mampu mewujudkan keserasian tapi bukanlah meminta mereka untuk bercinta.

“Seharusnya semua itu hanya di dalam set penggambaran sahaja, apa yang berlaku di luar set adalah tanggungjawab mereka sendiri,” ujarnya.

Berkaitan penggambaran drama yang sudah tertangguh lebih sebulan, Jurey berkata, produksi berkenaan boleh meminta bantuan dan nasihat persatuan jika mereka merupakan ahli PVTM.

Sumber: MStar



Sumber Kantoi suruh Afifah pikat Aliff Aziz, pihak produksi dalam keadaan tertekan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top