Nampaknya kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz dan Afifah Nasir masih belum reda. Semalam kekasih Afifah mengeluarkan kenyataan di Instagram mempertahankan Afifah dan mahu bersemuka dengan Aliff di set penggambaran nanti.
Bella Astillah semalam melalui insta story, membalas kenyataan tersebut. Dakwanya pihak produksi tidak bersalah langsung.
Boleh say no
Sebenarnya benda ini simple dan tak perlu panjangkan lagi. Aliff pun dah mengaku silap dia dan minta maaf secara terbuka kepada semua orang termasuk saya sebagai seorang isteri. Saya dah maafkan dia. Alhamdulillah kami tengah cuba perbaiki hubungan suami isteri.
Kalau fikir logik akal dan fikiran kita semua bukan lagi kanak-kanak kecil, kita tak perlu minta izin untuk pegang tangan. Kita boleh say no, kita boleh say yes, lain lah kalau dia letak pistol atas kepala kita.
Kita wanita kita ada pendirian kita, tidak maknanya tidak. Walaupun lah seperti yang didakwa disuruh oleh pihak produksi dan kalau betul produksi yang sruh dia boleh straight call saya. Kenapa nak teruskan perkara yang tak baik. Awak pun dah tahu dia suami orang. Apa yang saya nak cakap sekarang, dia bukan bertepuk sebelah tangan. Kalau pasal karaoke tu dipaksa, kenapa pegang tangan? Mungkin Aliff ada minta izin dan awak izinkan, macam itu eh?
Bukan bertepuk sebelah tangan
Macam ini lah, ini bukan drama pertama Aliff berlakon, dah banyak drama berlakon. Sebelum ini dia pernah buat straight 30 episod, 70 hari shooting. Sebelum ini kami tak pernah ada masalah macam ini, cuma kami diduga dalam cerita yang dia tengah shooting sekarang. Kenapa tiba-tiba berlakunya perkara ni, jangan cakap Aliff bertepuk sebelah tangan, are you sure?
Dia cakap pihak produksi tak nak keluarkan kenyataan sebab takut. Bukan, produksi tak nak masuk campur. Sebenarnya perkara ini tak melibatkn produksi pun. Dari awal siapa keluarkan kenyataan keluar sebab kerja? Dekat situ dah salah sebenarnya sebab dalam karaoke itu kekasih awak dengan Alif je.
Tambah Bella lagi, teman lelaki Afifah hanya mendengar penjelasan satu pihak sahaja. Malah selepas pengakuan suaminya, Bella percaya Afifah dan Aliff memang bermain cinta di set pengambaran. Maknanya bukan bertepuk sebelah tangan!
Sumber : Bella Astillah
Via: Oh Bulan
Sumber “Kalau dipaksa, kenapa pegang tangan?” – Respon Bella bila kekasih Afifah Nasir mahu bersemuka dengan Aliff Aziz Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar