Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

PERKARA biasa jika yang beragama Islam tidak kira bangsa untuk melaungkan azan dan hafal surah-surah dari kitab suci Al-Quran. Tetapi, ia agak luar biasa jika orang yang bukan beragama Islam mampu berbuat demikian.

 

 

Jangan terkejut, lelaki India ini boleh laungkan azan dan hafal surah

Jangan terkejut, lelaki India ini boleh laungkan azan dan hafal surah

 

R Nanthakumar, seorang lelaki berbangsa India tahu bagaimana cara untuk melaungkan azan, membaca doa-doa ringkas selepas solat serta menghafal surah-surah pilihan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana jejaka yang dikenali sebagai Nan ini boleh berbuat demikian. Menurutnya, kawasan rumah yang berhadapan dengan sebuah surau di Kampung Air Meleleh, Port Dickson itu membolehkannya menghafal setiap baris azan dan mampu menuturkannya semula.

“Oleh sebab rumah saya dekat dengan surau, saya selalu dengar azan, lihat macam mana orang ambil air wuduk dan solat.

 

“Saya tak malu mengaku, saya pun tahu macam mana nak baca surah Al-Fatihah. Kalau nak suruh saya azan pun boleh dan doa-doa ringkas pun saya sudah hafal,”katanya.

Nan yang juga merupakan satu-satunya keluarga berbangsa India yang menetap di situ mengakui dia meminati untuk belajar budaya dan amalan agama lain kerana ia menjadikannya seseorang yang lebih menghormati agama lain.

“Saya masih ingat ketika di sekolah rendah dahulu, waktu kelas Pendidikan Moral, ada seorang cikgu ni selalu ajar saya banyak perkara tentang budaya Melayu dan agama Islam. Itu membuatkan saya seronok dan lagi nak belajar,”tambahnya lagi.

Disebabkan sudah terbiasa dengan budaya orang Melayu, Nan pernah menjadi ketua kumpulan kompang semasa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson dan pernah menjuarai formasi untuk persembahan solo pada tahun 2009.

“Ada sekali tu mak saya marah bila dapat tahu saya puasa tapi bila saya kata nak cuba dia kemudiannya ok sahaja. Diam tak diam, dah 10 tahun saya ikut puasa. Puasa baru-baru ini, saya hanya ponteng empat hari sahaja,” ujarnya.

Walaupun minatnya tidak ditentang ahli keluarga yang lain, dia masih tidak melupakan adat resam orang India dan mahir bermain gendang tradisional masyarakat tersebut yang diberi nama Uremi Melam.

Sikap pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengkhususan Sumber Manusia) Universiti Antarabangsa Unitar yang terbuka dan gemar bergaul tidak mengira bangsa dan agama membuatkan Nan disenangi rakan-rakannya.

Sikap beginilah yang kita nak, menghormati agama satu sama lain. Lebih-lebih lagi kalau tinggal di negara majmuk macam di Malaysia ini.

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

 



Sumber Jangan terkejut, lelaki India ini boleh laungkan azan dan hafal surah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top