Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Tersentap seketika bila saya mendapat tahu tekanan darah mak saya dah mencecah 202/100. Runsing betul saya sekarang ini. Tinggi sikit saja lagi, mungkin bila-bila masa saja pembuluh darah di kepala mak saya boleh pecah dan menyebabkan strok (haemorrhagic stroke) ataupun kerosakan teruk pada organ yang lain seperti buah pinggang, mata dan juga jantung. 
Patutlah mak saya mengeluh penat saja minggu lepas. Syukur mak saya sempat periksa tekanan darahnya dan cepat-cepat ambil ubat dan kawal tekanan darah itu. Saya risau sangat sebab saya ada pengalaman ngeri dengan seorang makcik yang terlupa nak periksa tekanan darahnya kerana tiada alat nak memeriksa tekanan darah. Dia cuma rasa tegang di bahagian leher tetapi tidak pernah periksa pun tekanan darahnya. 
Makcik itu datang elok saja ke hospital. Cuma badannya saja jadi lemah dan tidak bermaya. Sampai saja ke wad kecemasan, dia muntah-muntah depan saya. Saya ingatkan muntah biasa sahaja, rupa-rupanya dalam masa beberapa minit saja selepas itu, makcik itu pengsan dan tidak sedarkan diri. 
Ya Rabbi! Rupa-rupanya dia tengah diserang strok! Pembuluh darah di kepalanya sedang pecah. Muntah-muntah itu sebenarnya tanda tekanan dalam otak (intracranial pressure) tengah mendadak naik. 
Itulah, betapa bahayanya kalau kita tidak pantau sendiri tekanan darah mak dan ayah kita di kampung sana. Saya jadi sedih sangat kalau jumpa pakcik dan makcik yang datang ke hospital dengan tekanan darah yang amat tinggi. Rupa-rupanya di rumah tiada alat nak memeriksa tekanan darah pun. Ya Allah. Alat itu murah sahaja, kalau yang berkualiti pun tak sampai RM200, boleh dapat dah.
Jadi kali ini saya nekad, biarlah saya sendiri yang bekalkan alat untuk periksa tekanan darah itu kepada pakcik dan makcik yang tidak berkemampuan dan yang tinggal di ceruk kampung sana dengan bantuan kutipan daripada penduduk Malaysia semua. 
Kita beli sebanyak mungkin alat periksa tekanan darah itu dan kita pastika ntiada lagi pakcik makcik yang terancam nyawanya hanya kerana tiada laat nak memeriksa tekanan darah. InshaAllah saya sendiri yang akan masuk ke kampung-kampung dan sampaikan sendiri alat periksa tekanan darah ini ke tangan mereka.
Jadi, tolonglah demi rasa kemanusiaan dan kasih sayang kita semua. Tolong sebarkan mesej ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Tarikh akhir kutipan ada beberapa hari saja lagi. Sumbangan boleh disalurkan ke:
BANK: CIMB BANK
NAMA: TAUFIQ MOHD RAZIF
NO. AKAUN: 13030052563525
TARIKH AKHIR KUTIPAN: 15 OGOS 2017
Semoga yang berkongsi perkara ini pun akan dikira sebagai sumbangan kita di sisi Allah. Tolong share ye semua. Pakcik dan makcik yang mungkin sebaya dengan mak dan ayah kita sedang menunggu bantuan kita. 
Saya Doktor Taufiq Razif sendiri menjamin 100% sumbangan itu akan digunakan untuk saya bekalkan sendiri alat untuk memeriksa tekanan darah itu kepada pakcik dan makcik yang kurang berkemampuan untuk membeli alat itu. 
Saya sendiri yang akan memastikan semua bantuan ini sampai kepada mereka yang berhak. Jadi usahlah takut untuk menyumbang ya. 


Sumber 'Makcik itu muntah² depan saya sebelum pengsan, rupa²nya diserang strok!' Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top