Turut membuat laporan polis, Erwin mendedahkan pelakon yang dikenali sebagai Mohd. Ady Hafize Hanaffiah itu telah meminjam sejumlah wang daripadanya namun setelah beberapa bulan, Ady didapati tidak mengotakan janjinya untuk membayar semula wang tersebut.
Menganggap wujudnya unsur penipuan di situ, Erwin yang pada asalnya mahu menyelesaikan perkara tersebut secara baik bagaimanapun terpaksa mendedahkan hal ini kepada umum yang kemudiannya membawa kepada episod di mana rupa-rupanya dia tidak berseorangan.
Dalam satu pertemuan baru-baru ini, Pancaindera mendapatkan penjelasan Erwin mengenai isu penipuan ini.
Sudahlah kena tipu, duit pula sampai ke hari ini tak dipulangkan. Apa cerita ni?
Kata pihak di sebelah sana, ini bukan kes tipu, tapi kes tak ada duit nak bayar balik. Itu kata dialah. Sedangkan saya dah bagi pinjam dan dia pun berjanji nak bayar semula secara separuh-separuh pada tarikh yang ditetapkan, tapi macam-macam alasan diberikan. Mulanya dia kata tersalah masukkan cek dan saya pun tak nak buruk sangka, berikan masa lagi untuk dia. Lepas seminggu dia kata sedang berada di luar kawasan, okey lagi. Lepas tu bila saya tanya lagi pada masa berikutnya, dia kata tersalah masukkan cek lagi. Logiklah, tak akan asyik tersalah masukkan cek bukan? Berturut-turut pula tu. Jadi saya minta pula nombor telefon produksi yang dia terbabit berlakon tu, nak tanya sama ada betul ke tersalah, dia tak berikan dengan alasan hal ini antara kami dan tak perlu nak babitkan orang lain. Di situ saya mula tak percayakan dia dan memang itulah yang saya cakap dengan dia.
Ada cuba cari dia lagi?
Ada, Selepas itu saya ada menghubungi dan menghantar teks di telefon dan katakan nak buat laporan polis mengenai hal ini. Sebab tak akanlah tak cukup duit lagi sedangkan dia kata tunggu cek nak masuk sahaja, Sepatutnya dia beri sajalah duit tu, lama-lama saya rasa tertipu. Rupa-rupanya bila saya dedahkan di media sosial, ramai yang tampil buat pengakuan pernah terkena juga dengan dia. Rupanya dia memang penipu! Saya ada menghubungi dia, tak nak gaduh atau apa, cuma mahukan duit saya semula selepas laporan polis dibuat. Dia katakan tak kisah dan terpulang pada saya nak buat apa pun atas alasan, dia memang tak ada duit. Padanya, dia memang dah tak ada duit, apa boleh saya buat walau dipaksa-paksa?
Jadi apa tindakan Erwin selepas itu?
Saya cakap, apa nak jadi, jadilah! Yang pastinya saya dah buat laporan polis. Kemudian, dia beritahu saya kononnya dia ni dulu boleh dikatakan samseng besar jugalah tapi sejak dia dah berkahwin, dia dah berubah. Lebih kurang begitulah ayat yang dia keluarkan. Dia fikir saya takut bila dia cakap macam tu?
Erwin tak bimbang ke dengan ugutan tu? Mana tahu sebab ini dah masuk soal keselamatan. Komen?
Tak takut pun sebab bagi saya dia salah orang nak cakap macam tu, Saya ni jenis kalau tahu diri tak bersalah, saya tak takut pun nak berdepan. Cuba fikir apa perkara buruk pun yang boleh berlaku? Dia nak pukul saya? Dia nak kelar saya? Silakan. Jangan fikir dia punya emosi saja. Saya pun ada emosi yang membolehkan saya juga tak berkelakuan rasional. Saya pun dah lama tak buat benda bodoh dek terdorong perasaan marah. Tolonglah, kalau betul dia ada hubungan dengan mana-mana pihak sekali pun, saya tak takut. Saya di pihak yang benar, buat apa nak takut? Kalau samseng sekali pun, entah-entah tak ada pun yang nak layan dia. Dia ada cakap, kalau saya selesaikan cara baik, dia pun akan selesaikan cara baik. Pada dia sekarang ni, saya punya cara tak elok sebab buat laporan polis. Saya ada simpan semua mesej dia.
Sebenarnya macam mana boleh lembut hati nak pinjamkan duit pada dia?
Saya tak suka nak lekas menghukum orang dan tengok dia pun baik pada awalnya. Sebab itu saya tak kisah nak bantu selagi saya boleh bantu. Rupanya jadi lain pula dan ya, pandai ya dia jalankan modus operandi. Rupanya cara yang sama dia gunakan pada orang, menipu dan katakan duit itu dipinjam untuk bayar sewa rumah. Saya cuma hairan, kenapa sebelum ini, ramai yang terkena tu tak buat pendedahan? Saya faham kalau setakat RM100 atau RM200, orang pun tak nak banyak bunyi. Tapi ada yang cecah ribu tu bagaimana? Si penipu pula kata tak ada duit, tapi bila tengok di Instagram, ke sana ke mari bercuti dan sebagainya. Bagi saya dia keterlaluan. Betul duit boleh dicari, tapi macam mana dengan kepercayaan orang?
Serik nak hulurkan bantuan selepas ini?
Tak adalah, Cuma lepas ni saya akan lebih bijak sikit sebab kejadian begini buat saya terlupa bahawa tak semua orang adalah sama. Pinjam reti bayar balik. Jangan sampai orang tu yang mengemis duitnya semula sedangkan dia yang memberi pinjam. Dalam isu ini, saya pun tak cari dia walaupun memerlukan duit itu semula. Macam kawan-kawan katalah, mati hidup semula pun tak akan dapat balik duit tu. Biarlah dia jawab sendiri nanti di kemudian hari.
Sumber: Utusan Online
Sumber Erwin Dawson akhirnya dedah siapa pinjam duitnya tak nak bayar, rupanya Ady Hafize, pelakon Gerak Khas Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar