Adab mana adab? Al kisah anak-anak zaman millenia lah kononnya. Niat saya kongsi ini bukan nak memalukan sesiapa tetapi saya sangat kecewa dengan gadis ini. Alangkah beraninya dia suruh saya diam. Salah ke saya sebagai ibu menegur?
Untuk tidak menimbulkan salah faham semua, anak-anak ini add saya dalam group WhatsApp yang kononnya nak berbincang hal sekolah. Saya memang akan 'left' setiap kali member-member anak saya add saya dalam group sebab anak-anak saya memang tak ada telefon. Saya left sebab saya tak suka bagi peluang anak-anak saya bermain telefon.
Bagi saya, kalau ada hal penting, mereka boleh WhatsApp ke telefon saya secara terus dan saya akan serahkan telefon pada anak-anak. Saya tiada masalah untuk berbuat demikian. Tak perlu nak bergroup bagai.
Masalahnya, setiap kali mereka add, saya left dan mereka akan add semula seolah-olah tidak faham bahasa. Anak-anak ini memang ada telefon sendiri sehingga mereka wujudkan satu group perbincangan ini dan ada ibu bapa lain juga dalam group ini dan saya sangat-sangat positif untuk kekal dalam group.
Saya perhatikan saja mesej-mesej di dalam group. Semuanya berkaitan dengan hal-hal yang memang menimbulkan kemarahan saya sebagai ibu. Malam ini saya memang tidak tahan dan saya bersuara meminta mereka fokus dengan UPSR. Lagi sebulan saja lagi dan ada seorang ibu atau bapa yang juga membalasnya.
Kami berbalas mesej dalam group, masing-masing melahirkan kerisauan. Sebelum saya dan cik puan itu bising-bising, ada seorang anak ini bising kata group ini kenapa 'krik.. krik...?'. Jadi saya pun mulalah bertanya mana yang lain. Kenapa bila ada isu penting, semuanya berdiam diri?
Bila berkisah tentang hal artis, hal lain-lain bukan main laju saja mereka menjawab. Apa yang menyinggungkan hati saya sebagai seorang ibu, ini jawapan yang saya terima.
Persoalannya, di mana adab seorang anak terhadap seorang manusia yang lebih tua? Kenapa terlalu berani bercakap sedemikian? Sungguh saya berkecil hati, sedih, marah dan sangat kecewa.
Awak perempuan nak, baru berusia 12 tahun dan sudah masuk alam remaja. Mengapa terlalu biadab? Maafkan saya kalau saya terlalu terbuka menegur kamu. Salahkah saya pantau apa yang anak saya buat? Saya akui bahawa anak saya si Balqis bukan top scrorer di sekolah, bukan pelajar pintar, tetapi saya akan pastikan dengan siapa dia berkawan.
Ya Allah, ampunkan kami sebagai ibu bapa. Risaunya dengan anak-anak zaman sekarang. Lindungi anak-anakku Ya ALlah. Jauhkan anak-anakku dari manusia biadab. Kalau tak ada kawan seperti ini pun baguslah. Ibu bapa tolong pantau anak-anak anda, pantau bahasa mereka. Tak pandai tak apa, janji beradab.
Sumber 'Acik boleh diam x?' - Ibu berang, rakan anaknya balas mesej dengan biadab Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar