Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

PELAKON yang dulunya popular dengan drama Bila Hati Berbicara, Atikah Suhaime dikatakan mahu menarik diri dari dunia lakonan menerusi Instagram peribadi miliknya, @miss_sabeena.

Menerusi akaun Instagramnya itu, penarikan diri dari industri merupakan keputusan yang sukar tetapi mendatangkan kebaikan kepadanya. Dia juga seolah-olah sudah hilang semangat setelah lima tahun bergelar anak seni.

 

 

“Selama lima tahun, kehidupan saya ibarat di awan dan tidak berhubung dengan dunia sebenar. Saya juga sudah ketinggalan banyak hari jadi dan hari perkahwinan, malah ketinggalan hari kelahiran satu-satunya anak saudara saya,”jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dia sangat merindui kehidupan peribadinya sebelum bergelar artis kerana lebih banyak masa dapat diluangkan kepada diri sendiri dan juga keluarganya.

Banyak reaksi yang diberikan peminat-peminatnya yang majoritinya terkejut dengan kenyataan itu, namun mereka juga turut mendoakan yang terbaik untuk pelakon tersebut.

Pelakon berusia 26 tahun itu kini difahamkan berada di negara kelahirannya, Singapura bagi merehatkan diri bersama-sama keluarganya.

Nama Atika sebelum ini pernah hangat diperkatakan apabila foto ‘panas’ wanita menyerupai dirinya dan seorang pelakon lelaki semakin meningkat naik, Idris Khan menjadi bualan di kalangan peminat industri hiburan tempatan.

 

Sumber: MYNEWSHUB



Sumber Atikah Suhaime tarik diri, dah penat jadi pelakon? Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top