Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Suasana tenang  di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bertukar kecoh apabila tindakan sekumpulan ahli Armada Bersatu yang cuba menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing2Hide dihalang oleh Pemuda Umno.

asdf

Difahamkan berlaku kejadian tolak menolak apabila berlaku pertembungan antara kira-kira 30 ahli Armada Bersatu dan 100 Pemuda Umno.

Sementara itu memetik laporan media tempatan melaporkan dalam kejadian itu, Ketua Penerangan Armada Bersatu, Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk.

Dalam pada itu, mengulas kekecohan berkenaan Ketua Armada, Syed Syaddiq Abdul Rahman berkata, beliau bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahlinya.

“Walaupun diasak dan ditumbuk apabila ingin serahkan surat jemputan untuk mengajak Najib Razak ke program Nothing2Hide bersama Tun Mahathir semuanya bertindak bertenang dan tidak membalas dengan keganasan.

“Budaya samseng dan Umno berpisah tiada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, “…nak hantar surat jemputan pun salah.”

“Balas dengan hujah, bukan tumbukan.Berani kerana benar!” katanya lagi.

“Tak perlu nak hantar samseng Umno.

“Kalau berani, suruh Datuk Seri  Najib berdepan dengan Tun M.

“Biar rakyat menilai siapa yang betul dan siapa yang salah,” katanya lagi.

Sumber: Sinar

 



Sumber [Video] Kecoh! Armada bersatu dan pemuda Umno tolak menolak, hampir bertumbuk Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top