Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Polis menahan dua lelaki berhubung insiden seorang wanita yang baharu sahaja bersalin ditendang di perutnya dalam satu pertengkaran.

sepak perut wanita tengah dalam pantang

sepak perut wanita tengah dalam pantang

Video insiden itu menjadi viral pada Sabtu dan mendapat perkongsian lebih 9,000 kali di Facebook.

Dalam video itu, wanita tersebut bersemuka dengan sekumpulan remaja yang membuat bising di hadapan rumahnya di PPR Seksyen 8, Kota Damansara dekat sini.

Mangsa menasihati remaja terbabit supaya beredar kerana bunyi bising itu mengganggu bayinya yang sedang tidur.

Namun, mereka tidak mengendahkan nasihat mangsa dan berlakunya pertengkaran.

Salah seorang suspek dilihat menendang perut wanita itu.

Posting itu turut disertakan bersama sekeping salinan laporan polis yang dibuat mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,  Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata dua lelaki masing-masing berusia awal 30-an ditahan pada Isnin.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Wanita yang masih dalam pantang itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.

Sumber: Mstar



Sumber (Video) Dah la buat bising, bila ditegur dia sepak perut wanita tengah dalam pantang ni, suspek sudah ditahan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top