Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

BIARPUN kisah rumah tangga mereka hangat diperkatakan, namun Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz, mengakui tidak terfikir untuk mengakhiri perkahwinan yang baru setahun dibina itu.

Bercakap kepada media sosial, kata Bella, apa yang dilakukan suaminya pada hari kejadian adalah tidak disengajakan.

Bella juga menafikan kata-kata netizen yang menuduh Aliff suami yang baran dan sering memukulnya.

"Dia tidak sengaja mencederakan saya.

"Saya masih sayangkan dia, dia suami yang baik dan bapa yang bertanggungjawab," kata Bella.

Wanita berusia 23 tahun itu menganggap krisis yang melanda rumah tangganya kini adalah angkara orang ketiga dan percaya semuanya boleh diselesaikan dengan baik.

Aliff telah dibebaskan dengan jaminan polis pada pagi Sabtu.

Dalam kejadian Khamis lalu, Aliff dilaporkan mencederakan Bella ketika satu pertengkaran di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

Pertengkaran itu dikatakan berlaku selepas Bella mendapat tahu suaminya berdua-duaan di pusat hiburan berkenaan dengan seorang wanita.

Pasangan itu berkahwin September tahun lalu, dan Bella melahirkan anak sulung mereka, Mohamad Ayden Adrean, 8 Julai lalu.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top