Timbalan Ketua Setiausaha Parti Sosialis Malaysia. KS Bawani dilarang masuk ke Kuching, Sarawak, dan akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur jam 2.10 petang ini.
Timbalan setiausaha agung PSM dilarang masuk Sarawak
Ketika dihubungi, Bawani berkata dia pergi ke Kuching untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya malam ini, dan mendarat di lapangan terbang kira-kira pukul 11 pagi.
Katanya, di kaunter imigresen, dia dimaklumkan mengenai larangan kemasukannya oleh kerajaan negeri Sarawak.
Beberapa pegawai kemudian membawa beliau ke pejabat mereka.
“Seorang timbalan pengarah imigresen memberitahu saya bahawa mereka tidak tahu sebab-sebab arahan (mengenai larangan itu) dan saya perlu menyemak dengan Putrajaya,” katanya.
Bagaimanapun, Bawani berkata beliau bertegas meminta pejabat imigresen di lapangan terbang Kuching memberinya surat rasmi menyatakan bahawa larangan ke atasnya itu di bawah arahan kerajaan negeri Sarawak.
Sumber: Malaysiakini
Sumber Timbalan setiausaha agung PSM dilarang masuk Sarawak Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.