Melaka: Pelajar perempuan ditemui mati tergantung di rumahnya dalam kejadian di Nyalas, Jasin, kira-kira jam 11 malam tadi.
Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun itu nekad bertindak demikian dipercayai akibat putus cinta dengan teman lelakinya.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, curiga anaknya tidak menyahut panggilan ibu pelajar terbabit kemudian masuk kedalam bilik sebelum menemuinya dalam keadaan tergantung.
Menurutnya, kali terakhir mangsa bersama keluarga kira-kira jam 8.30 malam.
“Difahamkan sebelum kejadian mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan malah berbuka puasa dan menonton televisyen seperti biasa.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke klinik berhampiran sebelum disahkan sudah meninggal,” katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa menggunakan tali dan selendang untuk menggantungkan diri.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal kerana jerutan di leher dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sumber: Harian Metro
Sumber Gadis 14 tahun gantung diri sendiri guna selendang lepas berbuka kerana putus cinta Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar