Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

SELEPAS Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida tampil dengan single berjudul I Am Me, ahli perniagaan Nur Sajat juga bakal mengikut jejak langkah yang sama.

Nur Sajat, 32, ketika dihubungi berkata, dia dirisik sebuah syarikat rakaman untuk merakamkan lagu duet bersama usahawan komestik, Datuk Alif Syukri.

Menurutnya, dia menerima tawaran itu sebagai satu strategi pemasaran dalam perniagaannya.

“Tawaran yang diterima ini sebagai satu peluang berharga untuk saya. Saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Cuma apa yang diinginkan adalah lagu itu kena dengan konsep dan jiwa saya.

 

Nur Sajat dilamar syarikat rakaman, bakal berduet dengan Aliff Syukri

Nur Sajat dilamar syarikat rakaman, bakal berduet dengan Aliff Syukri

 

 

“Saya menganggap ini satu peluang positif untuk tujuan pemasaran. Apatah lagi saya adalah ahli perniagaan dan dikenali. Bukan mudah nak mendapat tawaran sebegini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nur Sajat, dia menyukai lagu genre rancak berbanding balada atau lagu ‘leleh’ yang kembali popular kini.

Dalam pada itu, Sajat juga bersedia untuk mengikuti kelas vokal sekiranya lagu itu siap untuk dirakamkan.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lebih lanjut lebih lagi kerana belum ada sebarang perjanjian hitam putih. Apabila sudah ada kepastian daripada kedua-dua pihak, baru saya boleh berkongsi,” katanya.

Bagaimanapun, Nur Sajat tidak bercadang untuk bergiat serius dalam bidang nyanyian, sebaliknya ia sekadar suka-suka selain strategi perniagaannya.

Sumber: Metro



Sumber Nur Sajat dilamar syarikat rakaman, bakal berduet dengan Aliff Syukri Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top