Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KONTROVERSI yang tercetus apabila pelakon baharu Afifah Nasir dikatakan menganggu rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah turut terkena tempias beberapa isteri pelakon tanah air.

Selepas kenyataan aktres Rozita Che Wan yang berkongsi status ‘jangan rembat suami orang’ menjadi tular, isteri kepada Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan dan pelakon Almy Nadia turut menaikkan status seakan-akan serupa.

Baca artikel sebelum: “Jangan sapa-sapa cuba nak rembat laki kami tau” – Amaran Almy Nadia

Pada petang Ahad, Tya Adnan telah memuat naik foto bersama suaminya di laman Instagram dengan kapsyen seolah-olah satu sindiran buat wanita yang pernah menganggu rumah tangganya.

“Ini laki aku, jangan ada yang yang nak bawa pergi karaoke pula ya,” tulisnya.

Manakala dalam satu foto lain, Tya menyampaikan nasihat agar kaum wanita berfikir panjang sebelum memulakan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

 

Foto yang dimuat naik oleh Tya Adnan pada petang Ahad.

Menurutnya, kebanyakkan lelaki yang sudah beristeri tidak berhajat untuk serius dalam hubungan tersebut.

“Perempuan zaman ini dah tahu lelaki jenis ada anak bini lagi mahu menggatal. Lelaki ni biasalah orang kata nakal-nakal macam tu. Memang jenis tidak cukup satu.

“Kalau lelaki tidak boleh fikir, yang perempuan kena fikir jangan jadi bodoh. Benda boleh elak, mereka nak main-main sahaja dengan hampa (anda),” ujarnya.

Pada 9 Jun lalu, Shukri pernah mencetuskan kontroversi apabila seorang wanita mendedahkan mesej digoda oleh pelakon itu.

Bagaimanapun, Shukri tampil menafikan perkara tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah semata-mata.

 

Status-status sindiran ini dikongsi berikutan dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang pelakon baru iaitu Afifah Nasir di pusat hiburan berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menjadi tular apabila kelihatan individu seperti Aliff Aziz dilihat berpimpin tangan dengan seorang wanita dalam kelab karaoke berkenaan.

Sumber: Mstar



Sumber Giliran Tya Adnan beri amaran: “Ini laki aku, jangan ada yang yang nak bawa pergi karaoke pula ya” Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top