Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Penyanyi lagu popular Ku Rela Dibenci, Aiman Tino menjelaskan dia tiada masalah jika ada individu menggunakan namanya untuk bertapak dalam industri seni.

Bagaimanapu, Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 19, berkata, kelebihan terbabit hanya diberikan kepada ahli keluarga dan saudara-mara.

“Saya tak ada masalah pun kalau adik-beradik atau saudara-mara mahu gunakan nama saya untuk tujuan membina nama dalam industri seni tempatan.

“Kakak saya, Fara Hazel misalnya yang baru nak bertapak. Dalam diam saya tidak sangka dia menyimpan impian menjadi penyanyi. Janji jangan buat perkara yang tak baik sehingga menjatuhkan nama saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran sebuah portal beli-belah di ibu kota baru-baru ini.

Siapa sangka, Aiman Tino adalah pencetus kepada irama lagu 90-an pada zaman ini apabila pada saat penyanyi lain mempertaruhkan genre muzik yang terkini, Aiman pula berani mempertaruhkan lagu era itu.

Sejak itu, ramai penyanyi baru yang sebaya dengannya muncul dan mempertaruhkan genre muzik sama sehingga berjaya menempatkan diri arena seni tanah air.

Aiman berkata, dia tidak menganggap kehadiran penyanyi baru yang membawakan genre muzik sama sepertinya sebagai pesaing sebaliknya tumpang gembira apabila dapat berkongsi rezeki dan peluang bersama.

“Saya perasan sejak kehadiran saya, makin ramai bakat baru yang sama umur muncul dalam industri dengan genre muzik hampir sama.

“Saya bangga dengan kejayaan mereka dan berharap mereka terus maju,” katanya.

Kata Aiman, dia sedikitpun tidak goyah dengan lambakan bakat baru sebaliknya melihat ia sebagai perkembangan baik buat industri muzik.

“Saya tidak pernah berasa dengki atau tergugat. Saya lihat ia dari sudut yang positif apabila menjadi pencetus mengembalikan irama muzik 90-an.

“Terpulang kepada peminat untuk meminati artis kegemaran mereka, asalkan saya tidak putus berkarya dan menghiburkan kelompok peminat saya,” katanya yang bakal mendapat adik baru awal tahun depan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top