Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Terdapat peniaga yang menjual semula tapak bazar Ramadan pada pihak ketiga dengan harga RM8,000, setelah mendapatkannya pada harga hanya RM500 dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berikutan itu, kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula kaedah pembahagian tapak bazar Ramadan tahun depan bagi menyekat perbuatan tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, terdapat rungutan dari masyarakat terhadap kadar sewa tapak bazar yang terlalu mahal.

“Saya kecewa kerana hasrat kerajaan negeri untuk membantu persatuan penjaja atau badan koperasi berniaga di tapak bazar Ramadan telah disalah guna dengan menjual tapak yang diberi dengan harga yang tinggi, hingga mencecah RM8,000 satu tapak.

Menurut Mohamad, kadar caj sewa dan permit penjajaan di bazar yang dikendalikan oleh hanya RM500 mengikut lokasi dan saiz tapak.

“Justeru tahun hadapan, kita bercadang untuk memberikan 50 peratus sahaja tapak bazar kepada persatuan dan koperasi manakala selebihnya akan dibuka kepada orang ramai dengan cara cabutan undi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco negeri, di sini hari ini.

“Bagaimana kita mahu galakkan peniaga menurunkan harga makanan dan barangan sekiranya mereka terpaksa menyewa tapak bazar sehingga mencecah RM5,000 hingga RM8,000,” kata Mohamad. – BERNAMA
Sumber: Mstar



Sumber MB kecewa peniaga bazar jual tapak RM500 kepada pihak ketiga dengan harga RM8,000 Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top