Seorang lelaki yang berpuasa boleh berkucupan dan “ringan-ringan” dengan isterinya selagi tidak bersetubuh, kata mufti Perlis.
Menjawab satu soalan kepadanya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata seseorang elok mengelak berbuat demikian jika gagal mengawal keinginan seks.
“Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan,” coretnya di Facebook.
“Jika dia tahu bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan cium dan ‘kemesraan yang lain’.”
Beliau memetik satu hadis riwayat Bukhari yang menyatakan nabi pernah bermesraan dan mencium isterinya ketika sedang berpuasa.
Bersetubuh dan mengeluarkan air mani boleh membatalkan puasa seseorang. Selain itu, mereka yang mengadakan seks di waktu puasa dikenakan kafarat.
Sumber: Projek MMO
Sumber “Boleh cium isteri, ‘ringan-ringan’ ketika puasa selagi tidak bersetubuh” – Mufti Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar