Ajal dan jodoh kesemuanya di tangan tuhan. Ini pepatah yang digunapakai oleh ramai insan di dunia. Tetapi bagi mereka yang tidak sabar menanti jodoh, mereka mungkin boleh mengikut langkah yang diambil oleh Zheng Jiajia. Zheng seorang jurutera dari yang pernah bertugas di Huawei bertindak nekad mengahwini robot yang dibinanya sendiri setelah gagal menemui teman wanita manusia.
Robot yang diberi nama Yinying oleh beliau ini boleh bertutur dan memahami beberapa frasa Mandarin. Majlis perkahwinan dilangsungkan hujung minggu lalu dan dihadiri oleh ibu dan kenalan rapat Zheng. Beliau akan terus menambahbaik “isteri” beliau bagi menambah kemampuan. Pelan seterusnya untuk memberikan Yingying kemampuan berjalan.
Ini bukan kali pertama seorang lelaki bertindak menghasilkan robot sebagai pengganti wanita sebenar. Tahun lalu kami melaporkan seorang jurutera di Hong Kong menghasilkan robot yang mempunyai wajah seperti Scarlett Johansson.
Di China nisbah kaum lelaki kepada wanita adalah tinggi. Akibatnya sukar bagi lelaki untuk menemui jodoh kerana wanita mempunyai kemampuan memilih. Sekiranya anda di dalam situasi yang sama seperti Zheng, adakah anda akan melakukan perkara yang sama?
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar