Jika kami ke rumah teman yang menjalankan perniagaan mengambil gambar secara profesional, 80% daripada mereka memilih iMac sebagai komputer desktop pilihan. Tetapi sehingga kini tidak ada versi Pro dihasilkan oleh Apple. Penantian akan berakhir dalam masa terdekat selepas Timbalan Presiden bahagian pemasaran Apple Phil Schiller mengumumkan iMac edisi Pro sedang dibangunkan bersama dengan Mac Pro versi terbaru.
iMac edisi Pro yang mensasarkan pengguna profesional yang mahukan sebuah desktop yang lebih berkuasa daripada sebuah MacBook Pro tetapi lebih mampu milik berbanding sebuah Mac Pro. “iMac Pro” ini turut disahkan tidak mempunyai sokongan skrin sesentuh atau Touchbar kerana kedua-duanya bukan fungsi yang paling diperlukan golongan profesional buat masa ini. Beliau tidak memberikan tarikh bilakah ia akan dilancarkan buat masa ini.
Sejak kebelakangan ini Apple dituduh melupakan pengguna dari kalangan profesional dan bahagian komputer peribadi dianaktirikan kerana tumpuan lebih diberikan kepada iPhone. Dengan kedua-dua produk baru ini mungkin pengguna profesional yang setia dengan produk Apple akan tidak lagi terasa dilupakan.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar