Gambar avatar “telur” pada Twitter bukan sesuatu yang baru. Ia digunakan oleh Twitter untuk paparan gambar profil sekiranya seseorang pengguna tidak memuat-naik gambar mereka tersendiri. Selepas menggunakan gambar telur sejak daripada 2010 yang lepas, kini hari ini Twitter membuat perubahan kepadanya.
Seperti ramai sedia maklum, akaun yang sering menggunakan avatar “telur” ini selain daripada akaun baru adalah termasuk akaun berbentuk bot dan beberapa akaun yang dikaitkan dengan perbuatan tidak baik. Untuk mengubah persepsi ini, kini Twitter mengatakan mereka mengambil langkah untuk mengubahnya.
Melalui perubahan yang diperkenalkan hari ini, Twitter menawarkan gambar berbentuk manusia – yang mana lebih kurang sama seperti beberapa laman sosial lain. Twitter mengatakan mereka melalui beberapa iterasi dalam rekabentuk ini untuk mencapai sebuah avatar yang selarib untuk digunakan lelaki mahupun wanita.
Penggunaan gambar baru ini akan digunakan pada profil baru dan juga pada profil yang tidak memuat-naik gambar mereka tersendiri selepas ini.
Bagi anda, adakah anda menyukai rekaan baru ini, ataupun sebaliknya?
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar