Google sering hadir dengan beberapa idea yang menarik dan pelik bersempena dengan 1 April atau turut dikenali ramai sebagai hari April Fool. Walaubagaimanapun, untuk Google Maps tahun ini, mereka dilihat mengitar semula idea tahun 2015 yang lepas, dan memperkenalkan permainan Ms Pac-Man.
Seperti permainan Pac Man, pengguna akan mengawal watak Pac-Man dalam mengumpulkan markah selain lari daripada makhluk jahat. Pengguna akan menggunakan peta pada Google Maps sebagai laluan untuknya yang menjadikan ia sedikit mencabar berbanding permainan Pac-Man biasa.
Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri, anda boleh melayari Google Maps, dan klik pada “Insert Coin” yang dipaparkan pada bahagian penjuru bawah kiri di laman berkenaan. Anda juga turut boleh memainkannya pada peranti Android atau iOS anda.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar