Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


AFGHANISTAN








Perang Saudara yang Tidak Berkesudahan Disebabkan Oleh Kebuasan Komunis





Sembilan puluh sembilan peratus daripada populasi Afghanistan beragama Islam. Negara ini bertemu dengan agama Islam ketika zaman khalifah Uthman. Ia kemudian jatuh ke tangan Samanids pada penggal kedua abad ke-9, seterusnya diperintah oleh Ghaz­navids. Wilayah Afghanistan kemudian dikuasai oleh Moghul India, dan selepas itu sering-kali bertukar tangan sehinggalah menjelang aba ke-18.





Nadir Shah, yang menaiki takhta Iran pada tahun 1736, telah memasukkan Afgha nistan ke dalam wilayah miliknya dalam masa beberapa tahun sahaja. Selepas beliau dibunuh dalam satu siri kebangkitan, empayar yang ditubuhkannya dengan cepat dimusnahkan oleh konflik dalamannya sendiri. Komander Penga wal, Ahmad Abdali kemudian dipilih oleh pelbagai suku kaum sebagai Shah, dan akhirnya berupaya menjadikan seluruh negara berada di bawah kekuasaannya. Beliau memerintah dengan menggunakan nama Ahmad Shah Durrani. Wilaya-wilayah miliknya bermula dari Kashmir ke Delhi, dan dari Sungai Amu Darya (Oxus) ke Oman, dan ia menjadi sangat eks tensif yang mana Empayar Afghanistan adalah kerajaan Islam kedua terbesar di dunia pada penggal kedua abad ke-18, selepas Empayar Turki Uthmaniyyah.





Usia empayar ter sebut tidak lama, ia kemu diannya terjebak dalam kancah perang saudara. Kuasa British mengambil peluang sewaktu ke bi ngu ngan sedang melanda Afgha nistan. Selepas itu, negara ini gagal mem bentuk sebuah kerajaan yang kekal lama di sebab kan oleh campur tangan Britain dan Rusia, dan men derita akibat konflik-konflik dalaman yang ber laku. Muhammad Nadir Khan, yang mula berkuasa pada 1929, berjaya menstabilkan keadaan buat beberapa ketika, namun Rusia terus menjaga tepi kain Afghanistan dan cuba untuk mendominasi pentadbirannya. Perhubungan kedua-dua negara ini sangat rapat, sehinggakan Afghanistan menjadi negara pertama yang mengiktiraf rejim komunis Bolshevik di Rusia.





Pada 1973, Kesatuan Soviet telah melakukan rampasan kuasa di Afghanistan. Zahir Shah yang pro-Barat telah disingkirkan dan Daud Khan (Muhammad Daud) telah mengambil alih tampuk pemerintahan. Selepas itu, para pegawai Marxis mula mempengaruhi sistem pentadbiran Afghanistan dan mereka menjawat jawatan-jawatan penting. Daud Khan berharap untuk melepaskan diri dari pengaruh Rusia dan mahu mewujudkan sebuah negara Islam. Perjanjian yang dibuat olehnya dengan Pakistan telah membuatkan pertubuhan-pertubuhan komunis domestik melakukan kekerasan. Adalah sesuatu yang jelas bahawa polisi yang mirip kepada sebuah negara Islam akan mencetuskan provokasi kepada Rusia. Pada 1978, para jeneral Marxis dalam pasukan tentera dan beberapa penduduk awam komunis telah melakukan rampasan kuasa oleh Rusia. Kesemua ahli keluarga Daud Khan dan mereka yang terdekat telah dihapuskan. Perancang rampasan kuasa itu telah mengumumkan bahawa mereka akan memerintah Afghanistan dengan sebuah rejim komunis, dan mereka akan memulakan perang habis-habisan menentang agama. Buku Hitam Komunisme (The Black Book of Communism) telah men ceritakan tentang kebencian komunis terhadap amalan beragama:








Red Army menceroboh Afghanistan pada 1979, dan berada di dalamnya sebagai kuasa penjajah selama sedekad. Bagi rakyat Afghanistan, penjajahan begitu sinonim dengan pembunuhan beramai-ramai, penindasan, kezaliman dan penderaan.




Tidak berapa lama selepas itu, kerajaan memulakan kempen menentang agama. Al-Quran telah dibakar di hadapan umum, para imam dan pemimpin agama telah ditangkap dan dibunuh. Pada malam 6 Januari 1979, kesemua 130 orang lelaki dari suku Mojaddedi, kumpulan peneraju Syiah, telah dibunuh secara beramai-ramai. Kesemua amalan-amalan keagamaan telah diharamkan.51 





Kumpulan komunis Afghanistan adalah alat yang dipergunakan oleh Kesatuan Soviet. Mereka bertindak di bawah arahan "penasihat" dari Moscow, dan menjalankan pembunuhan beramai-ramai ke atas bangsa mereka sendiri, seperti yang ditunjukkan oleh angka di bawah. Mereka telah melakukan kedahsyatan walaupun hanya berkuasa dalam masa yang singkat:





[Cendekiawan Afghanistan] Michael Barry telah menceritakan satu insiden berikut: "Pada Mac 1979...1,700 orang dewasa dan kanak-kanak, keseluruhan populasi lelaki di perkampungan [Kerala], telah dikumpulkan di bandar dan ditembak dengan senjata mesin-gun. Mereka yang mati dan yang hampir mati dicampakkan ke dalam tiga buah kubur besar dan ditimbus dengan menggunakan buldozer. Buat beberapa ketika selepas itu, wanita-wanita masih boleh melihat tanah bergerak sedikit kerana mereka yang cedera cuba untuk melepaskan diri, namun tidak lama selepas itu tidak wujud lagi sebarang pergerakan. Semua wanita lari ke Pakistan..." Pada masa yang sama, keganasan berlaku di Kabul. Penjara Pol-e-Charki, di bahagian timur pinggir bandar, dijadikan pusat tahanan. Seperti yang diterangkan oleh Sayyed Abdullah, seorang pengarah penjara, menerangkan kepada mereka yang dipenjara seperti berikut: "Kamu semua yang berada di sini akan ditukar menjadi satu longgokan sampah."52


Bersambung...............





Harun Yahya

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top