Tengku Razaleigh dalam sidang media mengenai perlucutan Darjah Kebesaran
Kelantan menjelaskan bahawa Beliau tidak merasakan apa apa perasaan dukacita
akan perlucutan DK tersebut kerana tidak menjadi soal kepada beliau sedangkan
Raja sendiri pun di Buang apatah lagi orang biasa semacam saya ini.
Ku Li
dalam sidang ini juga mempersoalkan kedudukan Sultan Muhammad keV yang mana
perlantikan tersebut tidak menepati dengan perlembagaan yang telah termaktub.
Ini penting dalam menentukan Hak sesorang Raja kerana ada ada kait mengait
dengan Perlembagaan.
Ku Li juga menambah bahawa Rakyat akan menjadi huru
hara sekiranya Raja di buang dengan sewenang wenangnya walaupun Bapak
sendiri.
Ku Li juga dalam kenyataan nya menyatakan Ini adalah peristiwa
yang boleh menimbulkan keadaan kucar kacir dalam negeri dan negara. Kestabilan
negeri dan negara akan tergugat. Bagaimana selepas ini jika Pemangku Raja yang
ada di negeri negeri lain menggurgurkan Raja yang ada? Apakah ini tidak akan
menimbulkan kekecohan dan menjadikan rakyat mangsa?
Ku Li juga kata
Kalau sesiapa memangku dan boleh pinda perlembagaan dan mengizinkan dia sendiri
menjadi raja maka semua raja boleh di tukar. Apakah ini yang kita
mahukan?
Raja hanya boleh di tukar atau di ganti sekiranya Mangkat atau
meninggalkan negeri. Itu yang saya faham akan perlembagaan kata Ku Li.
Ku
Li juga menegaskan Sultan Ismail Petra adalah sultan yang Sah selepas mangkat
Sultan Yahya Petra dan Sultan Ismail juga untuk makluman sudah beransur pulih
dan berupaya menjalankan tugasnya walaupun masih kurang upaya untuk bergerak
pantas.
Raja Ismail di buang begitu sahaja dan bagaimana pula kepentingan
Rakyat di bawah perlembagaan yang ada? Kepentingan Rakyat dan perlembagaan lah
yang akan membela rakyat. Kita seharusnya menjunjung perlembagaan dan Mengikut
perlembagaan.
Sultan Ismail masih Hidup dan masih lagi menetap di Bumi
Kelantan.
Usaha Ku Li nak lihat keluarga di Raja kelantan di damaikan
sejak Tuanku Ismail Gering lagi malah Ku Li sendiri yang menamakan Tengku
Muhamad Faris menjadi pemangku Sultan agar dapat membantu kesihatan Sultan
Ismail bertambah sihat. Namun amanah tersebut tidak berlaku dan amat
mendukacitakan Ku Li.
Ku Li juga menjelaskan bahawa Sultan Ismail sendiri
mempertikaikan perlantikan Tengku Farish sebagai Sultan Kelantan dan turut
menyampaikan Titah Sultan Ismail Petra mengenai hak Baginda sebagai Sultan yang
Sah.
Kerajaan persekutuan wajar menjamin kedudukan raja raja. Dalam
perlembagaan juga jelas menyatakannya hak Raja Raja Melayu perlu di lindungi.
Artikel 71 perlembagaan kerajaan persekutuan bertanggung jawap dalam kedudukan
Raja Raja Melayu
Ku Li dalam kenyataan nya Seolah olah Kelantan kini
mempunyai Dua Sultan dan rakyat menjadi bengong dalam hal ini. Ini Tidak patut
berlaku pada Raja kerana Raja Berdaulat! Pihak berkuasa tidak sewajarnya
mendiamkan diri dalam hal ini.
Dalam sidang media ini juga Ku Li
mengharapkan agar kewajaran pihak Kerajaan Malaysia melindungi Hak Raja Raja
Melayu sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan Negara.
Apa yang berlaku berkenaan krisis Istana Kelantan, rakyat Kelantan sudah sedia maklum cerita yang sebenarnya. Ada juga terdengar suara-suara sumbang yang cuba mengaitkan PAS dengan krisis yang baru belaku ini.apabila pelantikan Tengku Faris sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad V.
Rakyat Kelantan juga tahu siapa dalang yang cuba menjatuhkan Sultan Muhammad V semasa baginda masih lagi menjawat jawatan sebagai Pemangku Raja dengan melantik Tengku Aziz sebagai Pemangku Raja tanpa suara majoriti Majlis Perajaan.
Posting Komentar