UZBEKISTAN
Bekas Komunis Terus Menindas Umat Islam
Caucasus baru-baru ini telah menjadi tumpuan utama dalam perkembangan dunia Islam. Republik Islam Turki yang mula berjuang untuk kemerdekaan selepas tumbangnya Kesatuan Soviet, mendapati bahawa mereka sedang menentang dasar perluasan kuasa oleh Rusia. Rusia masih diperintah oleh mereka yang berfahaman komunis yang masih memiliki mentaliti yang sama, dan negara tersebut terus menganggap negara-negara di Asia Tengah sebagai miliknya. Oleh itu, untuk menjadikan negara-negara di Asia Tengah tunduk kepadanya, Rusia telah memilih untuk membentuk perikatan dengan pentadbiran-pentadbiran anti-Islam di kawasan tersebut.
Hari ini, umat Islam di Caucasus dan Asia Tengah hidup dalam ancaman perluasan kuasa Rusia dan pentadbiran mereka sendiri yang dengan aktif bersubahat dengan Moscow. Ketika peperangan di Chechnya sedang ber terusan, Persekutuan Rusia dengan aktif terlibat dalam penindasan dan pencerobohan ke atas umat Islam di beberapa republik yang memiliki umat Islam sebagai penduduk majoriti. Rusia kadang-kala melakukannya secara terang-terangan, dan sekali-sekala melalui pentadbiran tempatan yang pro-Rusia. Uzbekistan telah mengikuti jejak langkah negara-negara yang telah pun mengalami kesengsaraan seperti Azer baijan, Dagestan, Chechnya dan juga Tadjikstan.
Tekanan Anti-Islam di Uzbekistan
Uzbekistan sedang bergelut dengan masalah domes tik nya selama ber tahun-tahun. Ekonomi negara itu betul-betul meleset dan penduduk awam sedang menderita teruk. Peme rintahan Kerimov yang enggan membenarkan wujudnya walau satu puak penentang yang bersifat sangat bersederhana, terus menambahkan masalah yang sedia ada, dan tidak pula mahu menyelesaikannya.48
Sekiranya Kerimov membenarkan polisi sederhana dengan memberi laluan kepada berbagai-bagai pendapat disuarakan, tanpa ragu lagi ia akan menuju ke jalan kebaikan, bukan sahaja kepada rakyat Uzbekistan, tetapi juga kepada pemerintahannya sendiri. Namun, beliau lebih suka mengambil tindakan terburu-buru. Negara tersebut telah memenjarakan lebih dari 50,000 orang baru-baru ini kesan dari polisi menindas yang dijalankan. Selepas bom-bom meletup di pusat-pusat bandar, pentadbiran Uzbekistan telah menahan beribu-ribu orang di seluruh dunia, mengenal pasti mereka yang memiliki kecenderungan beragama sebagai teroris, dan menubuhkan sebuah sistem pemerintahan yang secara total menafikan hak-hak ke manusiaan dan juga kebebasan. Namun, polisi menindas itu sebenarnya lebih mengajak kepada persengketaan berbanding pencegahannya, dan berakhir dengan menjadikan puak penentang lebih kuat lagi. Untuk menjadikan Uzbekistan aman dan stabil, adalah penting untuk mengadakan dialog di antara pemerintahan Kerimov dan puak penentang. Dialog juga dapat menjadikan puak penentang mengambil sikap lebih sederhana di masa hadapan.
Sikap Tidak Senang Rusia Terhadap Kebangkitan Islam di Asia Tengah
|
Kebangkitan agama yang bermula di Turki telah mengejutkan Kremlin. Kerajaan Mikhail Gorbachev terutamanya, sangat bimbang dengan angin perubahan itu. Perkara ini sering-kali mendapat tempat di dada-dada akhbar waktu itu, dan Kremlin mula merancang tindakan-tindakan yang patut dilakukan. Menurut akhbar harian Uzbekistan, Pravda Vostoka, Gorbachev telah berucap kepada para pegawai parti tempatan yang dipanggilnya untuk "perjuangan penuh tegas dan tanpa kompromi menentang fenomena beragama." Kemudian beliau berkata, "Kita mesti tegas terhadap semua pegawai-pegawai kanan dan komunis, terutama sekali terhadap mereka yang mendakwa mempertahankan idea dan moral kita, tetapi sebenarnya mereka memiliki pandangan yang berbeza dan menghadiri pula upacara-upacara keagamaan."49
Berkenaan dengan ketegasan Gorbachev dalam menentang agama, majalah Times melaporkan:
Sesungguhnya amatlah jarang bagi Sekretari Awam Soviet untuk menentang agama dengan cara yang sangat jelas; tugas yang biasanya dilakukan oleh orang-orang bawahan. Di sebalik semua itu, Kremlin sedang bimbang kalau-kalau tindakan menentang agama itu tidak mencapai sasaran sebenar. Akhir sekali, hakikat bahawa Gorbachev memilih Tashkent sebagai tempat untuk melakukan serangan agama menandakan bahawa kepimpinan Soviet sangat takut dengan perkembangan terkini...menyapu bersih dunia Islam, yang mana mungkin pada akhirnya menyebabkan kebangkitan semangat Islam di Asia Tengah Soviet.
[Semenjak 1918], rejim tersebut telah meletakkan syarat-syarat ketat ke atas gereja, synagogues dan masjid, dan seterusnya melancarkan kempen penindasan menentang mereka yang beriman. Latihan ke atas pemimpin-pemimpin agama sangat dilarang, dan pendidikan keagamaan ke atas mereka yang berusia bawah 18 tahun telah diharamkan. Pada masa yang sama, semua kanak-kanak sekolah didoktrinkan dengan fahaman ateisme.
Islam mendapat masalah besar, dan perhatian khusus. Umat Islam Soviet ditempatkan di kawasan sempadan strategik U.S.S.R dan mereka meneruskan perhubungan dengan umat Islam di negara-negara jiran.... Tiada sebarang statistik yang boleh dipercayai tentang berapa ramai umat Islam Soviet yang mengamalkan agama mereka. Namun, berdasarkan kepada laporan politik tahun lepas yang diterima oleh Kongres Parti Komunis Kazakhstan ke-16 melaporkan bahawa Islam "masih kuat dan terus berkemabang"... Perjumpaan tidak rasmi menganggarkan bahawa jumlah mereka yang beriman adalah jauh melepasi kapasiti masjid-masjid yang didaftarkan secara sah, iaitu dalam 300 ke 500 buah (Terdapat kira-kira 24,000 masjid sebelum Komunis mengambil alih).50
Apa yang sedihnya, mentaliti ini yang ditinggalkan sejak zaman Soviet, terus mempengaruhi di satu kawasan birokrasi Rusia dan beberapa badan di Republik Turki. Ketegangan terjadi di antara kawasan yang memiliki penduduk yang beriman dan pusat autoriti. Contoh paling jelas yang dapat membuktikan semua ini ialah 1 dalam 500 penduduk Uzbekistan berada di dalam penjara disebabkan oleh identiti Islam mereka.
Ketegangan di Uzbekistan meningkat setiap hari, menunjukkan bahawa kekacauan akan terus berlaku buat masa yang lama jika polisi yang bersifat sederhana tidak dilaksanakan. Apabila kita melihat fenomena-fenomena seperti keganasan, kekurangan bekalan air, kekacauan dalaman, kepayahan ekonomi, bermacam-macam peraturan dan kezaliman terhadap hak-hak asasi manusia secara keseluruhan nya, jelaslah bahawa situasi sedemikian hanya dapat diubah secara radikal. Antaranya, puak penentang di negara terbabit mestilah diberikan peluang untuk melontarkan pandangan, menghentikan penahanan politik dan pemenjaraan, dan mereda ketegangan dengan mewujudkan atmosfera yang saling bertoleransi.
Sebab Penindasan: Sistem Pemerintahan yang Lari Dari Nilai-Nilai Islam
Tidak wujud keselamatan dan keamanan di tempat-tempat yang hilang nilai-nilai agamanya. Namun demikian, di kebanyakan negara-negara Islam, kerajaan yang mendakwa memiliki nilai-nilai Islamik lupa bahawa dengan menolak moral-moral al-Quran, ia membawa negara ke dalam kancah kekacauan. Inilah sebabnya mengapa sesetengah negara di Asia Tengah, yang setiap hari semakin jauh dari nilai-nilai Islam, gagal untuk mencapai kestabilan yang diidam-idamkan. Dalam masyarakat yang mana ideologi kosong komunis dan materialis bermaharajalela, ia pasti akan menemui kegagalan, seperti yang telah kita lihat dalam contoh-contoh yang lepas. Ini kerana di dalam persekitaran yang tiada moral keagamaan, para pemerintah hanya mementingkan diri mereka sendiri, zalim, suka menindas, bencikan keamanan dan tidak suka menolong orang. Al-Quran telah menarik perhatian kita tentang bahaya yang datang dari mereka yang terpesong jauh itu:
Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di muka bumi untuk melakukan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan haiwan ternakan, dan Allah bencikan kerosakan. (Ali-Imran, 2:205)
Seperti yang telah kita lihat, sikap mereka yang disebutkan di dalam ayat di atas akan terus wujud selagi ajaran-ajaran Allah tidak ditegakkan. Apabila sesebuah negara ditadbir oleh mereka yang takutkan Allah, maka akan wujudlah kerjasama, keadilan, dan sikap tolong-menolong. Tiada seorang pun yang akan dibenarkan untuk melakukan ketidakadilan. Kehendak semua orang akan dipenuhi, perkhidmatan-perkhidmatan dan juga penyelesaian-penyelasaian baru akan ditemui. Segala kemungkinan akan membawa kepada keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat. Mereka yang hidup dengan berlandaskan ajaran Islam akan melakukan semua kebaikan tanpa mengharapakan balasan di dunia, tetapi adalah untuk mendapatkan keredaan Allah dan ganjaran di Hari Akhirat kelak.
PENCATURAN LICIK ISRAEL DI ASIA TENGAH Signifikan kemunculan republik-republik Islam satu demi satu di Asia Tengah selepas tumbangnya USSR telah difahami terlebih dahulu oleh Israel sebelum bangsa-bangsa lain. Kerajaan Yahudi menyedari bahawa perkembangan ini mempunyai strategi yang penting dan signifikan, dan percaya bahawa kemunculan sebuah kesatuan Islam yang kuat adalah berbahaya. Oleh itu, kehadiran Israel di kawasan tersebut semakin kerap sejak permulaan tahun 1990an. Para pemimpin Israel telah menimbulkan persoalan kerana lawatan-lawatan yang diadakan di republik-republik itu, terutama sekali Uzbekistan, dan beberapa orang pemimpin negara-negara itu menunjuk-nunjuk dengan Israel. Israel menjadi semakin rapat dengan republik-republik itu, dan menunjukkan ia adalah kawan dengan mengadakan “kerjasama pertanian,” “latihan militari” dan “bantuan teknologi.” Pemerintahan Karimov di Uzbekistan amat rapat dengan Rusia dan Israel. Dalam liga yang dibentuk dengan dua kuasa terbabit, bermulalah kempen-kempen anti-Islam yang baru-baru ini semakin menjadi-jadi. Laporan-laporan akhbar di atas telah membuktikan betapa eratnya hubungan yang terjalin. |
Contoh terbaik ialah para pesuruh Allah telah diutuskan kepada seluruh manusia sepanjang sejarah dunia. Allah mewahyukan ayat-ayat-Nya tentang bagaimana mereka mengingatkan manusia supaya menyembah Allah dan hidup berdasarkan ajaran-Nya:
Wahai kaumku, aku tidak meminta upah darimu bagi seruan yang aku lakukan. Upahku tidak lain hanya dari Allah yang telah menciptakanku. Maka apakah kamu tidak berfikir? (Huud, 11:51)
Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang nama Allah dari disebut di dalam masjid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya, kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat. (Al-Baqarah, 2:114) |
Bersambung........
Harun Yahya
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar